Najib terima Anugerah ICT di ibu pejabat PBB - pakdin.my

najib-anugerah-ict

Perjalanan hidup seorang wanita muda di utara Malaysia tidak lagi indah selepas beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya yang meragut keupayaannya untuk berjalan.

Namun segala-galanya berubah selepas beliau diberi sebuah komputer, boleh berhubung secara dalam talian, seterusnya mewujudkan sebuah laman web serta mengendalikan blog.

“Hari ini, beliau menjalankan perniagaan dalam talian yang berkembang maju dan memperbaiki kehidupan dengan memanfaatkan peluang tanpa batasan yang ditawarkan menerusi Internet,” kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berucap pada majlis jamuan malam gala selepas menerima ‘Anugerah ICT Dalam Pembangunan Lestari’ bersempena sambutan ulang tahun ke-150 Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa, yang diadakan di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, pendapatan wanita itu meningkat berlipat ganda menerusi perniagaan dalam talian yang dijalankannya, dan beliau mengalami perbezaan menakjubkan yang dibawa ICT dalam hidupnya.

UTAMABERITANajib terima Anugerah ICT di ibu pejabat PBB

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium


Warning: Module "mbstring" is already loaded in Unknown on line 0