Najib tidak pernah lanjutkan konsesi tol lebuh raya PLUS - pakdin.my

Pak Lah pikul taik Tun Mahathir, relax je tak ada pun Pak Lah murai kicap sana sini.

Lepas itu Najib sambung pikul taik Tun Mahathir.

Kerjanya asyik sambung tempoh konsesi, ada apa-apa lah tu..

Baca ulasan Datuk Wee Ka Siong.

……………….

Naratif yang cuba dimainkan oleh PH mengenai tol PLUS ialah “kadar tol diturunkan 18 peratus tahun ini”.

Tapi sekejap, jangan cepat sangat berasa gembira dengan apa yang dinyatakan oleh PH.

Ini kerana, ada sesuatu yang seolah-olah cuba disembunyikan.

Rupa-rupanya, konsesi lebuh raya DILANJUTKAN!

Sebagai rekod, Tun Mahathir bagi konsesi asal kepada PLUS selama 30 tahun dari 1988 hingga 2018. Kemudian pada tahun 1998, Tun lanjutkan tempoh konsesi selama 12 tahun lagi sehingga tahun 2030. Terbaru, Kerajaan PH pimpinan Tun melanjutkan tempoh 20 tahun sehingga tahun 2058.

Perlu ditegaskan bahawa selepas persaraan PM ke-4, Tun Abdullah Badawi pada tahun 2015 terpaksa melanjutkan tempoh konsesi selama 8 tahun demi melangsaikan semua tunggakan pampasan yang ditinggalkan oleh zaman pemerintahan Tun Mahathir sebagai PM ke-4.

Soalan matematik yang mudah, di bawah pimpinan Tun Mahathir, jumlah tempoh konsesi yang diluluskan secara berfasa ialah 30+12+8+20 = 70 tahun. Ini satu rekod yang boleh dimasukkan ke dalam “Malaysia Book of Records”. Tahniah Tun Mahathir dan PH!

Akan tetapi, di mana perginya janji PH untuk menghapuskan tol? Habuk pun takda?

Kalau tak boleh buat, janganlah berjanji!

Cukup-cukuplah menipu rakyat. Mula-mula janji nak hapuskan tol, tapi lepas PH jadi kerajaan, diperkenalkan caj kesesakan… Maksud hapus tol ialah tiada lagi kutipan dibuat dan plaza-plaza tol dirobohkan!

Dan sekarang, lanjut tempoh konsesi tol pula! Sampai tahun 2058 pula tu! Dah elok konsesi tamat, rakyat tak perlu lagi bayar tol, kerajaan lanjutkan pula tempoh konsesi!

Harapan rakyat yang mahu tol dihapuskan nampaknya hanya tinggal harapan.

#TollFreetoTollForever

UTAMAPOLITIKNajib tidak pernah lanjutkan konsesi tol lebuh raya PLUS

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium