Najib Tunaikan Umrah Semasa Lawatan Kerja Ke Arab Saudi - pakdin.my

MAKKAH — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan ibadah umrah di sini pada Selasa, semasa memulakan lawatan kerjanya ke Arab Saudi.
Beliau diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Turut serta dalam delegasi beliau ialah Menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Seri Wahid Omar serta para pegawai kanan Malaysia.
Najib tiba di kota suci ini kira-kira 10 pagi tadi dan menyelesaikan ibadah umrahnya sejurus sebelum solat Zohor.
Najib dan delegasi beliau kemudian menikmati makan tengah hari di Istana Tetamu Makkah yang terletak dalam kawasan Masjidil Haram.
Pada malam Selasa, Najib dijadual menyampaikan ucap tama pada Forum Ekonomi Jeddah 2016.

UTAMANajib Tunaikan Umrah Semasa Lawatan Kerja Ke Arab Saudi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium