24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 28, 2020

Najib Ucap Tahniah Haron Din Dilantik Mursyidul AM PAS

najib-haron-din

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Datuk Dr Haron Din yang dilantik sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu, menggantikan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Tahniah Ustaz Haron Din atas pelantikan sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu,” katanya dalam catatan terbaharu beliau di laman Twitternya di sini, Khamis.

Majlis Syura PAS, yang membuat keputusan itu pada mesyuarat di ibu pejabat PAS di sini pada 8 Mac lepas, turut melantik Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS.

Sebelum ini, Haron yang berasal dari Bohor Mali, Kangar, Perlis, adalah Timbalan Musyidul Am PAS dan merupakan pengasas Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’).

Berkelulusan doktor falsafah dalam bidang Syariah dari Universiti Darul Ulum, Kaherah, Mesir, Haron bergiat aktif dalam politik sejak 1974 dan pernah beberapa kali bertanding kerusi Parlimen Arau.

Jawatan Mursyidul Am PAS kosong setelah Nik Aziz, yang juga bekas menteri besar Kelantan, meninggal dunia akibat kanser prostat pada 12 Feb lepas.

Berita Berkaitan

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...