Kematian Karpal Singh: Najib ucap takziah kepada keluarga mendiang - pakdin.my

twit-najib-karpal-mati

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Pengerusi DAP dan anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh yang maut dalam kemalangan, pada awal pagi ini.

Najib berkata, beliau mendengar berita mengenai kematian Karpal, setibanya beliau di Ankara bagi memulakan lawatan rasmi ke Turki.

“Saya baru sahaja mendarat di Ankara apabila saya mendengar berita bahawa YB Karpal Singh meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

“Takziah saya kepada keluarga,” kata Perdana Menteri dalam mesej Twitternya.

Lawatan Najib ke Turki adalah atas jemputan rakan sejawatan beliau, Recep Tayyip Erdogan.

UTAMABERITAKematian Karpal Singh: Najib ucap takziah kepada keluarga mendiang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium