Najib ucap takziah kepada keluarga Nik Aziz @nikabdulaziz

Nik Aziz dibawa pulang kerumah dari HUSM masih memakai bantuan pernafasan jam 8:30 malam tadi
Nik Aziz dibawa pulang kerumah dari HUSM masih memakai bantuan pernafasan jam 8:30 malam tadi

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat atas pemergian bekas Menteri Besar Kelantan, sebentar tadi.

Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis ulang tahun ke-15 Yayasan Pendidikan Cheras selepas dimaklumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau kemudian memimpin bacaan al-Fatihah dan mendoakan roh Allahyarham Nik Abdul Aziz dicucuri rahmat.

Berkaitan