26.3 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2020

@NajibRazak Ucap Takziah Pemergian Tan Sri Hamzah Abu Samah

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah atas pemergian Allahyarham Tan Sri Hamzah Abu Samah, dan percaya sumbangan serta jasa beliau akan terpahat dalam sejarah negara.

Beliau berkata Hamzah merupakan seorang tokoh yang telah banyak berjasa dalam konteks pentadbiran negara dan pemimpin politik berdasarkan jawatan-jawatan penting yang pernah disandangnya termasuk sebagai menteri kanan dan tokoh Umno.

“Beliau juga sangat dikenali sebagai tokoh sukan yang telah memimpin badan-badan sukan seperti FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dan OCM (Majlis Olimpik Malaysia),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Aidilfitri Korporat Kumpulan Utusan di sini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor. Lebih 3,000 hadirin memeriahkan majlis yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri Kabinet.

Najib berkata beliau secara peribadi merasai kehilangan Hamzah yang turut mempunyai pertalian kekeluargaan dengannya.

“Isteri beliau adalah adik kepada ayahanda saya. Kita selalu juga berjumpa dulu. Secara peribadi saya tentu terasa dengan pemergian Allahyarham Hamzah,” katanya.

Hamzah, 88, meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Staffield Country Resort, Mantin, Negeri Sembilan pada kira-kira 3.30 petang Selasa.

Sementara itu, Muhyiddin turut mengucapkan takziah ke atas pemergian Allahyarham Hamzah.

“Pemergian Allahyarham mengadap Ilahi sesungguhnya meninggalkan kesan yang mendalam kepada tanah air lantaran sumbangan serta jasa beliau yang tidak terhitung terutamanya dalam mengangkat martabat sukan negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Muhyiddin berkata jasa Hamzah sepanjang karier beliau mencatatkan sejarah gemilang terutamanya apabila pasukan bola sepak negara melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Munich, Jerman.

Selain itu, beliau berkata, bakti Hamzah terhadap kecemerlangan sukan juga dibuktikan apabila Malaysia dipilih buat pertama kalinya menjadi tuan rumah Sukan Komanwel ketika Allahyarham memegang jawatan Naib Presiden Persekutuan Sukan Komanwel.

“Sesungguhnya pemergian beliau adalah kehilangan yang amat besar kepada negara dan penggantinya pasti sukar dicari.

“Nama Tan Sri Hamzah Abu Samah akan kekal dalam lipatan sejarah kegemilangan tanah air dan jasanya sentiasa tersemat di sanubari rakyat Malaysia terutamanya pencinta sukan tanah air,” katanya.






Berita Berkaitan

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan