Najib ulangi tidak pernah kenal Altantuya Shaariibuu - pakdin.my

soal-jawab-bersama-najib-altantuya

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengulangi kenyataan bahawa beliau tidak mengenali wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan tidak terbabit secara langsung atau tidak dengan kes pembunuhan wanita itu.

“Sebenarnya, saya sudah lafazkan sumpah tiga kali, termasuk di sebuah masjid di Permatang Pauh pada 2008,bahawa saya tidak mengenali Altantuya, saya tidak terlibat sama sekali sama ada secara langsung atau tidak.

 

 

“Pihak polis telah menjalankan siasatan. Pada masa itu Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sebagai Perdana Menteri telah melaporkan dan Ketua Polis pada masa itu juga sudah buat kenyataan saya tidak terlibat,” katanya.

Sehubungan itu, Najib meminta rakyat tidak mempersoalkan integriti Mahkamah Persekutuan berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia itu lantaran tiada langsung bukti beliau mengenali Altantuya.

“Tiada langsung tiada gambar, tiada tulisan, tiada saksi dan mahkamah telah putuskan prosesnya sampai ke peringkat Mahkamah Persekutuan.’

“Apakah hari ini kita nak persoalkan integriti mahkamah kita yang kita pertahankan selama ini,” katanya sewaktu ditemubual sebuah stesen televisyen swasta malam tadi.

Menurutnya, isu itu tidak dibincangkan secara langsung dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Tapi kita pernah sekali berbincang, tapi dalam perbincangan itu saya lihat beliau tidak persoalkan penglibatan saya dalam soal Altantuya.

“Jadi, saya rasa perkara ini tidak berbangkit sama sekali, bila saya bincang dengan dia, saya tunjuk saya tetap hormat dia walaupun sebagai Perdana Menteri.

Saya pergi ke rumah dia, saya tak benarkan dia datang ke rumah saya. “Tapi bila kita bincang, saya perlu buat keputusan sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Saksikan soaljawab disini

 

 

UTAMAPOLITIKNajib ulangi tidak pernah kenal Altantuya Shaariibuu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium