25.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2020

@NajibRazak : Jangan Lakukan Perkara Yang Menyentuh Sensitiviti Kaum Dan Agama

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mersa bersama warga Felda Triang 3 selepas Merasmian Projek Perumahan Generasi FELDA Triang 3 pada majlis Pemimpin Bersama Warga Felda di sini, hari ini.

BERA, 31 Mac (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua pihak tidak melakukan apa juga perkara yang dilihat boleh menyentuh sensitiviti kaum dan agama di negara ini.

Beliau berkata ianya merupakan satu prinsip yang perlu dipatuhi dan dihormati oleh semua pihak di negara ini.

“Apa pun, kita tidak hendak (perkara sentuh sensitiviti kaum dan agama) jadi punca salah faham antara penganut pelbagai agama di negara kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Bersama Peneroka Gugusan Bera di Felda Triang 3, dekat sini Sabtu.

Najib berkata demikian sebagai mengulas gesaan Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) dalam sebuah portal berita

yang merayu Perdana Menteri supaya tidak membenarkan mana-mana pihak menganjurkan seminar yang boleh mengancam penyebaran agama lain di Malaysia.

Jabatan Pelajaran Johor pada Sabtu dilaporkan mengadakan seminar berkaitan pengajian Islam kepada guru-guru sekolah dengan memfokuskan kepada isu penyebaran agama Kristian di kalangan orang Islam.

Perdana Menteri berkata: “Kita boleh bincang berkenaan soal akidah, tapi tidak boleh tidak sensitif pada pihak lain, sama ada orang Islam kepada bukan Islam, atau orang bukan Islam kepada Islam”.

Dalam pada itu, beliau berkata perkara yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama boleh diselewengkan atau dijadikan isu politik oleh pihak-pihak tertentu.

“Maklum sahajalah dekat pilihan raya, semua perkara boleh diselewengkan atau boleh dipusingkan menjadi isu politik, sebab itulah kena berhati-hati dalam perkara ini”.

Mengenai program World Earth Hour 2012, Perdana Menteri berkata Malaysia menyokong sebarang usaha yang dibuat di peringkat antarabangsa dalam usaha mengurangkan pemanasan global.

Malaysia juga telah mengambil pelbagai langkah dalam usaha mengurangkan pemanasan global, katanya dan menurutnya “World Earth Hour akan berlangsung malam ini bermula 8.30 hingga 9.30 malam, Seri Perdana juga akan mengurangkan penggunaan elektrik”.

Najib berkata semua agensi kerajaan juga telah diminta meminimumkan penggunaan elektrik bagi menyokong sepenuhnya kempen berkenaan.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

BERSATU Mungkir Janji, Bung ‘Mengamuk’ Di Hadapan Hajiji

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dikatakan mengamuk di hadapan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Noor...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,348PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan