@NajibRazak Lebih Memahami Keperluan Rakyat Sabah – Pairin - pakdin.my

TAMBUNAN, 6 Ogos (Bernama) — Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menyatakan keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Najib Tun Razak yang lebih memahami keperluan rakyat dan negeri Sabah melalui program transformasi kerajaan yang mengutamakan kepentingan semua.

“Sebagai seorang pemimpin yang muda dan cergas, beliau (Perdana Menteri) banyak membawa perubahan dan kemajuan tanpa mengira kedudukan sesebuah kawasan dalam tempoh yang singkat.

“Kita melihat usaha yang baik ini perlu kita sokong kerana program transformasi pasti akan membawa kebaikan, kemajuan dan peningkatan hidup rakyat di negeri ini,” katanya pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena penyerahan bantuan tangki, kerusi dan sofa di Kampung Nambayan, dekat sini.

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastuktur Negeri berkata hubungan yang baik antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri turut memberi manfaat kepada penduduk di Sabah.

“Oleh itu, tiada sebab kita tidak sokong pemimpin yang membawa perubahan dan memberi tumpuan kepada soal kebajikan rakyat,” katanya.

UTAMABERITA@NajibRazak Lebih Memahami Keperluan Rakyat Sabah - Pairin

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium