Statistik Corona

Malaysia
2,448,372
Confirmed
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
Malaysia
2,347,985
Recovered
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
Malaysia
71,713
Active
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
Malaysia
28,674
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,241,809
Confirmed
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
Indonesia
4,085,775
Recovered
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
Indonesia
143,299
Deaths
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am

Thailand

Thailand
1,875,315
Confirmed
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
Thailand
1,758,297
Recovered
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
Thailand
18,922
Deaths
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am

Global

All countries
245,749,124
Confirmed
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
All countries
221,024,534
Recovered
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
All countries
4,987,253
Deaths
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am

@NajibRazak Lulus Peruntukan Buka Ladang Gaharu Di Kawasan Orang Asli – @razaleigh

Ladang gaharu

GUA MUSANG: Kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk membuka ladang kayu gaharu di kawasan perkampungan Orang Asli di Gua Musang dalam masa terdekat ini, kata Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Tengku Razaleigh berkata peruntukan permulaan itu diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika beliau mengunjungi Perdana Menteri di pejabatnya di Putrajaya Ahad lepas (25 Mac).

“Saya menemui Perdana Menteri sebelum saya datang ke majlis ini supaya apa yang saya cadangkan untuk membuka ladang kayu gaharu menjadi kenyataan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Perasmian Penutup Kembara Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas 2012, di Padang Awam Pos Brooke, dekat sini, Ahad.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Datuk Mohd Sani Mistam, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas Ab Aziz Yusof dan Pegawai Pembangunan Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) Cawangan Gua Musang, Muhamad Shukri Ab Aziz.

Tengku Razaleigh juga Ketua Umno bahagian itu berkata peruntukan itu sebagai permulaan projek dan menyerahkan perkara itu kepada JAKOA untuk mengadakan perbincangan dengan jabatan serta agensi berkaitan. Beliau berkata JAKOA juga perlu mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri bagi mendapatkan kelulusan tanah untuk tujuan itu.

Ladang kayu gaharu belum dapat ditentukan keluasannya kerana masih dalam kajian bersama dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Risda bagi menentukan lokasi terbaik berhampiran penempatan Orang Asli, katanya.

“Kita berbuat demikian kerana tidak mahu kaum itu terus hidup terpinggir disebabkan hilang punca pendapatan selepas hasil hutan pupus dengan kegiatan pembalakan dan pembukaan peladangan,” katanya.

Beliau yakin apabila ladang itu menjadi kenyataan, ia mampu memberi pulangan hasil lumayan kepada setiap Orang Asli yang menjadi ahli koperasi yang akan ditubuhkan nanti dengan setiap orang diberi pemilikan satu saham.

“Kita sudah membuat penelitian mengenai perkara itu dan beberapa syarikat luar negara sudah menunjukan minat untuk membeli kayu gaharu dengan rawaran harga yang tinggi,” katanya.

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021