@NajibRazak melakukan tinjauan mesra di Pekan Kudat - pakdin.my

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengedarkan Buku Janji Ditepati kepada orang ramai selepas melancarkan program Jelajah Janji Ditepati di Kudat

KUDAT – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melakukan tinjauan mesra di pekan Kudat yang terletak di utara Sabah, iaitu kira-kira 190 kilometer dari Kota Kinabalu.

Lebih 10,000 rakyat pelbagai kaum yang teruja melihat pemimpin Nombor Satu negara itu, membanjiri pekan itu sejak awal pagi bagi meraikan ketibaan Najib yang menaiki helikopter dari Kundasang dengan diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Sebaik tiba, Perdana Menteri terus ke Pekan Kudat dan beramah mesra dengan peniaga dan orang ramai di situ.

Beliau juga bersarapan pagi bersama-sama ketua-ketua suku kaum dan kapitan China di sebuah kedai kopi paling lama beroperasi di situ.

Pemilik kedai kopi itu, Fong Hon Khiong yang kelihatan gembira dengan kunjungan Najib itu berkata beliau begitu “gementar” dan teruja Perdana Menteri memilih untuk singgah di kedainya.

“Saya ucap terima kasih kepada Perdana Menteri kerana sudi singgah minum di kedai saya,” katanya.

Kawasan Kudat yang mempunyai kira-kira 56,000 penduduk dari pelbagai komposisi etnik utama termasuk Rungus yang merupakan sub-etnik bumiputera Kadazan.

Dalam pada itu, Najib turut melawat masjid lama Kampung Ayer yang terletak di pekan itu.

Dalam ucapan pada pelancaran Program Jelajah Janji Ditepati di Kompleks Sukan Kudat, Najib mengumumkan kerajaan meluluskan peruntukan RM4 juta bagi membina semula masjid itu dengan kerjasama kerajaan negeri.

UTAMABERITA@NajibRazak melakukan tinjauan mesra di Pekan Kudat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium