30 C
Kuala Lumpur
Monday, September 21, 2020

@NajibRazak: Pemimpin BN Di Negeri Pembangkang Sepatutnya Sudah Belajar Kekalahan 2008

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengedar buku “Janji Ditepati” kepada orang ramai selepas merasmikan Program Jelajah Janji Ditepati Peringkat Negeri di Taman Teknologi Tinggi Kulim di sini hari ini.

Pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Umno di negeri yang dikuasai pembangkang sekarang sepatutnya sudah belajar daripada pengalaman lalu yang menyebabkan BN gagal membentuk kerajaan di negeri-negeri itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata setelah lebih empat tahun pengalaman hitam selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, pemimpin-pemimpin berkenaan sepatutnya menyedari kesilapan mereka sehingga menyebabkan kekalahan itu.

“Dah lebih empat tahun…kalau tak belajar lagi saya tak tahu nak kata apa. Kalau mereka rasa marah (sebab kalah), selepas empat tahun patut takde lagi. Kalau kecewa tak boleh kecewa lagi.

“Buat ketetapan dalam hati masing-masing rasa marah, kecewa dan hampa dah berlalu. Kini masa untuk tebus kekalahan dengan komitmen yang tidak berbelah bagi. Ini sahaja boleh jamin kemenangan kita,” katanya pada jamuan malam bersama pemimpin BN negeri Kedah di sini.

Hadir sama isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata jika kesilapan yang sama diulangi, mustahil ‘pisang tidak akan berbuah dua kali’.

“Apa yang penting, kita mesti bersatu dan bersedia. Takde pilihan lain hanya pasukan yang bersatu dan bersedia sahaja akan menang. Kena berkhidmat dan berbakti. Saya sendiri terpaksa bekerja keras. Jangan biarkan saya kerja seorang…kena bekerja satu pasukan,” katanya.

Perdana Menteri berkata jika Umno dan BN hanya menjaga orang-orang tertentu atau kaum-kaum tertentu, itu bukanlah berbakti namanya.

“Umno jangan hanya jaga Melayu sahaja. Rakan-rakan kita (parti komponen BN) juga kena jaga orang Melayu dan kaum-kaum lain. Tak patut ada orang rasa terbiar. Kita kena berkhidmat, berbakti, bertindak, berstrategi, berkorban dan bertawakal,” katanya.

Najib berkata sebagai parti dan kerajaan di peringkat pusat, pihaknya akan melakukan yang terbaik untuk rakyat bagi meyakinkan mereka bahawa BN yang lebih baik dan lebih berkemampuan serta rakyat boleh sandarkan harapan.

Katanya BN perlu meletakkan perbandingan dengan apa yang dipaparkan kumpulan pembangkang kerana pembangkang tiada pelan yang boleh dipercayai sebagaimana BN yang berpijak di bumi nyata.

“Sejak beberapa hari ini pemimpin pembangkang tak berapa nak sebut tentang Buku Jingga. Ada beberapa pemimpin pembangkang termasuk Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) mempersendakan Buku Jingga,” kata Najib.

Perdana Menteri dan isteri hari ini melawat Kedah. Lawatan dimulakan dengan mengunjungi Masjid Al-Taufiq di Kampung Air Merah di sini.

Pada kunjungan kira-kira 3.30 petang itu, Najib mengumumkan peruntukan RM200,00 untuk membina sebuah bangunan baru Kelas Fardu Ain (KAFA) di masjid itu.

Beliau kemudian melancarkan program Jelajah Janji Ditepati di Kulim Hi-Tech Park di sini yang dikunjungi lebih 30,000 orang.

Berita Berkaitan

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Adib mungkin separa sedar ketika ditarik, kata saksi

Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu Muhammad Adib Mohd Kassim mungkin dalam keadaan separa sedar sewaktu ditarik keluar daripada van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ketika insiden rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, tahun lepas.

Dakwaan gangguan seksual, wanita saman MP Sungai Siput

Indrani berkata, pada Mei lalu beliau pernah membuat laporan polis mendakwa Kesavan mengganggunya secara seksual sejak Disember lalu

Pelacur maut terjatuh dari tingkat lima hotel ketika serbuan

“Identiti mangsa belum dapat dikenal pasti. Mangsa maut di tempat kejadian.

Rancang culik DS Najib dan tiga bekas menteri, tiga lelaki dihukum penjara

Lelaki Indonesia Ali Saifuddin, 32, dan dua bekas tentera Nor Azmi Jailani, 32, dan Mohd Yusri Mohamed Yusof, 33, didakwa mahu menculik Datuk Seri Najib Razak dan tiga bekas menteri.

Komen

..
00:02:32

#PRNSabah: Mohamaddin Ketapi dakwa askar berperang dengan ayam dan anjing di Tanduo? [Video]

Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya semasa era Pakatan Harapan, Mohamaddin Ketapi mendakwa peperang menentang penceroboh di Tanduo, Lahad Datu, Sabah ada lah pembohongan...

#PRNSabah: Ahli MT UMNO dilapor postif COVID-19 selepas berkempen di Sipitang

Seorang pemimpin UMNO dilaporkan positif COVID-19 selepas berkempen di kawasan Parlimen Sipitang. Memetik laporan sebuah portal tempatan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu kini sedang menjalani...

#PRNSabah: Polis sahkan cubaan warganegara jiran masuk mengundi [Video]

KOTA KINABALU: Polis Sabah mengesahkan terdapat cubaan warganegara jiran yang akan memasuki negara ini secara besar-besaran bagi menjalankan pengundian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...