32.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2020

@NajibRazak Putuskan Kedudukan Lajim Ukim Isnin Ini

PEKAN: Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam Sabtu berkata kedudukan Datuk Lajim Ukim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan diputuskan, Isnin ini.

Perdana Menteri berkata keputusan Lajim melepaskan jawatannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Beaufort adalah sesuatu yang telah dijangkakan oleh beliau dan parti. “Keputusan beliau itu sudah dijangkakan akan berlaku kerana tindakan dan ucapan beliau yang bertentangan dengan dasar parti sebelum ini.


“Saya tidak terperanjat dengan keputusan itu kerana tiada sesiapa yang lebih besar dari parti melainkan kesetiaan. “Kita terima hakikat di antara kita ada yang berbeza pendapat tetapi boleh diselesaikan dengan saluran yang betul sama ada cepat atau lambat,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Tarawih di Masjid Ubudiah Kampung Mambang, Chini di sini, Sabtu.


Najib berkata dalam sejarah parti peletakan jawatan seumpama itu bukanlah sesuatu yang baru kerana pengasas parti, Datuk Onn Jaafar pernah bertindak demikian. “Namun, sebagai parti yang berpengalaman kita mampu menghadapi cabaran itu,” katanya.Lajim hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli MT Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuatkuasa serta-merta.


Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai ahli Umno.

Berita Berkaitan

Kenyataan media keputusan mesyuarat MKT UMNO

Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 26 Oktober 2020 (Isnin) telah...

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Muhyiddin jumpa presiden parti pro-PN, Zahid tak hadir

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan...

Perubahan Besar Berlaku Esok, Kata Shahidan

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan satu perubahan...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan