31.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 20, 2021

@NajibRazak sampai bantuan kepada mangsa banjir Parlimen Hulu Langat dan Ampang esok

Jentera BN membantu mangsa banjir di Ampang

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menyampaikan bantuan kepada kira-kira 4,000 mangsa banjir dari kawasan Parlimen Hulu Langat dan Ampang, esok, Ahad.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Negeri Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, penyampaian bantuan bermula jam 11 pagi diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua, Hulu Langat.
Katanya, antara pihak yang memberi sumbangan ialah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional (JPNIN).

“Keprihatinan Najib yang juga Pengerusi BN Selangor mendapat sokongan pertubuhan bukan kerajaan dan syarikat korporat termasuk Kelab Putra 1Malaysia, Yayasan Kelana Ehsan, pasaraya TESCO dan Mydin.
“Gerak kerja di bawah program ‘Nurani Rakyat’ dengan tema ‘Sayangi Selangor Yakini BN’ akan sentiasa meninjau masalah masyarakat di seluruh negeri dan membantu mereka tanpa mengira fahaman politik,” katanya di sini, semalam.
Selain wang tunai, mangsa banjir akan diberi peralatan dapur, pakaian sekolah, tilam dan barangan makanan.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.