@NajibRazak Tandatangan Kad Ucapan Untuk Jururawat, Bidan - pakdin.my

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menandatangani kad Selamat Menyambut Hari Bidan dan Jururawat 2012 disaksikan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (dua, kanan) di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada Rabu. Turut hadir Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim (tiga, kiri) dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (kanan). Seramai 96,598 jururawat seluruh negara akan menyambut Sambutan Hari Jururawat dan Bidan. Sambutan peringkat kebangsaan akan diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 12 Mei 2012

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu menandatangani kad ucapan Hari Bidan dan Jururawat 2012 di bilik tetamu Pejabat Perdana Menteri bangunan Perdana Putra di sini.

Majlis menandatangani kad ucapan sebagai tanda terima kasih itu diadakan sempena Hari Bidan dan Jururawat yang disambut setiap 12 Mei sebagai penghargaan terhadap khidmat bakti lebih 96,000 jururawat dan bidan di seluruh negara.

Turut menurunkan tanda tangan di atas kad ucapan besar berukuran lebih satu meter itu ialah barisan menteri yang akan menghadiri mesyuarat kabinet sejurus selepas majlis tersebut.

Perdana Menteri sempat bergambar dengan beberapa pegawai kanan bahagian kejururawatan dari Kementerian Kesihatan dan juga dari Hospital Putrajaya, Hospital Kuala Lumpur serta hospital-hospital Sime Darby, yang menghadiri majlis.

Sejurus kemudian, beliau mempengerusikan mesyuarat kabinet.

UTAMABERITA@NajibRazak Tandatangan Kad Ucapan Untuk Jururawat, Bidan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium