31.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 2, 2020

@NajibRazak tidak bimbang serangan peribadi pembangkang

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau tidak bimbang dengan serangan peribadi yang semakin memuncak yang dilancarkan pembangkang terhadapnya kebelakangan ini.

Menyifatkan perkara itu sebagai biasa dalam dunia politik, Perdana Menteri berkata keadaan itu lebih teruk berlaku kepada pihak yang menyerangnya.

Biasalah… biasa… tapi dia lagi teruk kena,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn di sini, malam tadi.Turut hadir Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, naib-naib presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ditanya mengenai kebocoran maklumat kerajaan, Najib berkata, kerajaan cuba menyekat perkara itu daripada berlaku tetapi dalam dunia tanpa sempadan, perkara itu amat sukar untuk dilakukan.

Mengenai isu FELDA, beliau berkata, segala dakwaan pembangkang akan dijawab dalam persidangan Dewan Rakyat minggu depan.

“Dakwaan itu tidak benar… perkara ini akan dijawab di Parlimen minggu depan. Datuk Ahmad Maslan (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri) ada semua faktanya. (Dakwaan) ini sama sekali memutarbelitkan keadaan,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan mengeluarkan arahan menghentikan Projek Lynas sementara menunggu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Mengenai Projek Kilang Nadir Bumi Lynas bermesyuarat, Najib berkata: “Mereka tidak meneruskannya. Biarlah PSC membincangkan isu itu.”


Pada Khamis, Najib berkata, kerajaan tidak akan membenarkan projek Lynas di Gebeng, Kuantan di Pahang beroperasi jika bukti saintifik menunjukkan projek itu memudaratkan kesihatan dan mencemar alam sekitar.

Ketika diminta mengulas cadangan Australia berkaitan perjanjian pertukaran pencari suaka dengan Malaysia yang kembali menjadi agenda, Perdana Menteri berkata beliau tidak mempunyai maklumat terkini berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, beliau berkata: “Keputusan kini di tangan mereka. Saya tidak boleh mengulas… terserah kepada mereka untuk melaksanakan apa yang sewajarnya.”

Pada Khamis malam, Menteri Luar Australia yang baru, Senator Bob Carr berkata cadangan perjanjian pertukaran pencari suaka dengan Malaysia kembali menjadi agenda pada masa Parlimen membahaskan undang-undang untuk meminda Akta Migrasi.

Anggota Parlimen Bebas, Rob Oakeshott memperkenalkan Rang Undang-undang Ahli Persendirian minggu lepas dalam usaha memecahkan kebuntuan berkaitan isu pencari suaka dan menjadikan pemprosesan luar pesisir sebagai sah.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

PETRONAS rugi RM3.4 bilion suku ketiga 2020

Kerana dijarah dan di perah semenjak rejim PH sehingga era Tok Abah Kau, Petronas...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...