30 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2020

@NajibRazak utus tahniah kepada Presiden Mesir – angkat sumpah hari ini

 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghantar perutusan tahniah kepada Mohammed Morsi, yang hari ini mengangkat sumpah sebagai Presiden Mesir yang baru.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, Perdana Menteri juga melahirkan keyakinan bahawa di bawah kepimpinan Morsi, proses transformasi ke arah demokrasi di Mesir akan menunjukkan kemajuan yang signifikan.

“Datuk Seri Najib optimis bahawa dengan ketokohan dinamik presiden, Mesir akan terus memainkan peranan penting dalam arena antarabangsa demi kesejahteraan umat Islam dan masyarakat dunia,” kata kenyataan itu.


Najib juga berharap untuk bekerjasama rapat dengan Morsi dalam menerokai bidang baru yang berpotensi di samping mengukuhkan hubungan rapat dan persaudaraan yang sedia terjalin antara Malaysia dan Mesir.

Morsi diisytiharkan sebagai Presiden Mesir yang baru pada Ahad lepas setelah menang tipis terhadap pencabarnya Ahmed Shafiq dengan 51.7 peratus undi.


Morsi memperoleh 13,230,131 undi manakala Shafiq pula meraih 12,347,380 undi.

Berita Berkaitan

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Anak Sultan Brunei, Putera Abdul Azim, meninggal dunia pada usia 38 tahun

BANDAR SERI BEGAWAN: Anak Sultan Brunei, Putera Haji Abdul Azim meninggal dunia pada usia...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan