@NajibRazak yang bersumpah #mubahalah, penyokong PH yang meroyan

2

Perkara yang paling menarik apabila Najib Razak bersumpah ialah melihat penyokong-penyokong PH yang meroyan, meratap dan berhiba mengingatkan bekas Perdana Menteri tersebut nanti ‘dimakan’ sumpah.

Sayang sungguh mereka kepada Najib Razak. Jika tidak sayang mengapa mereka bimbang laknat yang akan jatuh kepada Najib jika beliau berbohong.

Lebih menarik tidak ada seorang pun mencadangkan supaya Azilah Hadzri turut bersumpah seolah-olah mereka sendiri tidak yakin dengan kenyataan pembunuh tersebut.

Paling menarik tidak ada seorang pun meminta Azmin Ali atau Anwar Ibrahim melakukan perkara yang sama berhadapan tuduhan Haziq dan Yussuf.

Agaknya mereka takut pemimpin mereka ‘dimakan sumpah’.

😂

Oleh Ab Jalil Backer