“Nak Pakai Tudung Semula, Tapi Kena Istiqamah Dulu”- Uqasha Senrose #pakdin.my

Pelakon jelita, Uqasha Senrose meluahkan  hasrat hatinya untuk berhijrah dan kembali mengenakan hijab.

Perkara itu dikongsi Uqasha menerusi satu video Tiktok  yang dimuat naik yang menampilkan pelakon itu tampil sopan dan manis lengkap memakai hijau dengan busana abaya.

“Cantiknya abaya dan tudung ni, rasa macam nak…pakai tudung semula la. Tapi kena istiqomah dulu, kalau tak nanti kena kecam” katanya.

Perkongsian Uqasha itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminat yang rata-ratanya bersetuju dan berharap agar pelakon jelita itu kembali berhijab.

Minggu lalu, Uqasha dan tunangnya, Kamal Adli mendedahkan mereka sepatutnya melangsungkan perkahwinan namun terpaksa ditunda kerana situasi COVID-19 dan lockdown yang melanda negara.

Berkaitan