Nak sangat ‘claim’ pengasas, kamu hanya ‘kontraktor’, Dr M ‘arkitek’ Bersatu, Muhyiddin diberitahu - pakdin.my

Usah bertengkar pasal pengasas PPBM lah. Yang penting PPBM ditubuhkan atas desakan DAP untuk memecahkan undi orang Melayu, untuk mendapatkan beberapa peratus undi melayu dikawasan minoriti Cina untuk memenangkan calon PH. Mereka sudah yakin akan menang dikawasan yang majoriti bukan Melayu.

Bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mungkin antara individu yang menubuhkan PPBM, namun beliau tidak lebih hanya sebagai “kontraktor” yang menurut perintah ketuanya, Dr Mahathir Mohamad yang merupakan “arkitek” sebenar di belakang parti itu.

Perkara itu didedahkan setiausaha akhbar Mahathir, Adam Mukhriz Mohd Muhayeedin yang menegaskan terdapat perbezaan besar antara individu yang merancang dan individu menggerakkan.

“Jadi, mungkin betul Muhyiddin kata dia tubuhkan PPBM tetapi ada beza antara arkitek dan kontraktor.

“Muhyiddin hanyalah kontraktor yang pasang batu bata, tapi Mahathir tetap arkiteknya. Arkitek dah ‘plan’ cantik, kontraktor buat tak ikut plan. Pergi jual kontrak kat orang lain,” katanya di Facebook.

Semalam, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mendakwa beliau mengambil langkah pertama untuk membentuk PPBM selepas dipecat oleh bekas Perdana Menteri Najib Razak daripada Umno, bukan Mahathir.

Menangkis dakwaan itu, Adam berkata, ketika Muhyiddin dipecat daripada Umno pada 2015, Mahathir sudah pun memulakan jelajah untuk menceritakan keburukan pemerintahan Najib.

Katanya, Mahathir kemudian mengetuai Deklarasi Rakyat Malaysia pada 2016 untuk diberi kepada Raja-raja Melayu bagi menyembah maklum mengenai kesalahan Ahli Parlimen Pekan itu.

“Kemudian apabila Deklarasi Rakyat tidak memberi impak yang diharapkan dan pilihan raya akan diadakan, Tun M ambil keputusan tubuh parti baharu, namun ditolak Muhyiddin kerana mahu bersara daripada dunia politik.

‘Saya dah jadi TPM, nak apa lagi’, kata Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh ketika itu, menurut Adam.

Adam turut mendedahkan, selain Muhyiddin, Mahathir turut memanggil Shafie Apdal yang kini Presiden Warisan; Presiden Putra Ibrahim Ali dan Mukhriz Mahathir ke rumahnya untuk menubuhkan sebuah parti Melayu dan Bumiputera.

“Ibrahim Ali tak bersetuju untuk bekerjasama dengan DAP waktu tu manakala Shafie Apdal berpendapat beliau akan fokus di Sabah.

“Muhyiddin diarahkan Tun untuk ‘set up’ parti baharu yang kemudiannya dinamakan Bersatu. Walaupun masa itu ada usaha untuk hanya nak bagi Tun M sebagai penasihat sahaja bukan pengerusi, Tun M akhirnya menjadi Pengerusi PPBM dengan nombor ahli 0000001. Muhyiddin 0000002,” dedahnya.

“Nak sangat ‘claim’ pengasas, ambillah Tun M tak heran. Jawatan PM pun Tun M tak heran,” kata Adam.

UTAMAPOLITIKNak sangat ‘claim’ pengasas, kamu hanya ‘kontraktor’, Dr M ‘arkitek’ Bersatu, Muhyiddin...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium