NAK SYAHID TERJUN JAMBATAN PULAU PINANG, KATA MUJAHID YUSOF RAWA, PENGERUSI PAN P. PINANG - pakdin.my

Ajaran Dap supaya orang Muslim yang bersama mereka bersikap liberal terhadap agama Islam berjaya.

Mempergunakan mereka yang beriman warak untuk memesongkan akidah umat Islam.

Maka yang lemah pegangan agamanya akan segera bersetuju dan mengambilnya sebagai pegangan dan pandangan ‘sebenar’ Islam dan akan memperlekeh dan menentang hujah bersandarkan nas dan hadis

Demi politik pegangan dan akidah boleh di ketepikan.

Semoga Allah menyelamatkan akidah seluruh umat Islam dari dipesongkan oleh golongan yang tidak senang dengan perpaduan Islam.

Sabda Rasulullah saw

“Siapa yang menjatuhkan dirinya dari gunung hingga mati maka di neraka jahanam dia akan menjatuhkan dirinya, kekal di dalamnya selamanya. Siapa yang menegak racun sampai mati, maka racun itu akan diberikan di tangannya, kemudian dia minum di neraka jahanam, kekal di dalamnya selamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan senjata tajam maka senjata itu akan diberikan di tangannya kemudian dia tusuk perutnya di neraka jahanam, kekal selamanya.” [HR. Bukhari 5778 dan Muslim 109]

Ternyata orang melakukan bunuh diri itu akan mengalami tiga penderitaan, yakni penderitaan di dunia yang mendorongnya untuk melakukan perbuatan tersebut, penderitaan menjelang kematiannya serta penderitaan kekal di akhirat kelak.

أَنَّ رَجُلا قَتَلَ نَفْسَهُ بِمَشَاقِصَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَمَّا أَنَا فَلا أُصَلِّي عَلَيْه

Ada orang yang bunuh diri dengan pisau, maka Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam bersabda: “Kalau saya, maka saya tidak shalatkan dia.” (HR. An Nasa’i no. 1964 dan dinyatakan shahih oleh Syaikh Al Albani)


MUJAHID SIFATKAN PENIAGA BUNUH DIRI MARHAEN RAJIN MATI SYAHID

BUTTERWORTH: Pengerusi Amanah Pulau Pinang menyifatkan Mohd Shukri Saad yang terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah selepas didakwa menjual rokok seludup bernilai RM365 sebagai mati syahid dan marhaen rajin.

Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, tindakan peniaga itu menamatkan riwayat hidupnya dengan “berkorban untuk Malaysia” adalah pembuka mata terhadap penderitaan rakyat jelata di negara ini.

“Shukri bukan seseorang yang dipuji ramai, bukan orang terkenal atau ahli JKKK. Shukri hanya marhaen yang cuba mencari nafkah seperti orang lain.

“Walaupun dia melakukan perkara kejam dengan mengambil nyawanya sendiri, itu antara dia dan Allah. Saya harap Allah akan ampunkannya atas dosa-dosanya.

“Tetapi, lebih penting, dia cakap sesuatu yang ahli politik tidak boleh kata. ‘Biar aku berkorban untuk Malaysia’. Ini adalah kenyataan yang menyebabkan rakyat Malaysia bertindak dan berfikir mengenai kekejaman Malaysia,” kata Mujahid.

Shukri yang berasal dari Tasek Gelugor, Butterworth, memuat naik nota bunuh diri di Facebook sebelum dia terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Pulau Pinang, pada 26 Oktober lalu.

Mayat peniaga kedai runcit berusia 38 tahun itu ditemui terapung dengan batu terikat pada badannya kira-kira satu batu nautika dari lokasi dia terjun, dekat kawasan Batu Maung, pada 28 Oktober lalu.

Katanya, keputusan membunuh diri itu diambil selepas Jabatan Kastam mendakwanya menjual “rokok murah” berjumlah RM360, satu kesalahan yang boleh menyebabkan dia dipenjarakan.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/11/18/mujahid-sifatkan-peniaga-bunuh-diri-marhain-rajin-mati-syahid/

20161118-bunuh-diri-mati-syahid-mujahid

UTAMAPOLITIKNAK SYAHID TERJUN JAMBATAN PULAU PINANG, KATA MUJAHID YUSOF RAWA, PENGERUSI PAN...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium