Nak tahu punca atau titik mula 1MDB ini mula menghadapi masalah? Baca muka surat 104 Laporan PAC - pakdin.my

1mdb-laporan-PAC

Nak tahu punca atau titik mula 1MDB ini mula menghadapi masalah? Baca muka surat 104 Laporan PAC:

“Pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah pada masa itu sedang bergantung kepada tawaran saham awam permulaan (IPO) syarikat milik penuh 1MDB, Edra Energy Berhad, untuk menjana dana, yang akan digunakan untuk pembayaran balik hutang dan pembayaran faedah. Namun demikian, IPO tersebut tidak dapat
dilaksanakan sebab faktor dalaman syarikat dan faktor luaran.”

Perhatikan kepada klausa “… tidak dapat dilaksanakan sebab faktor dalaman syarikat dan FAKTOR LUARAN”

Apakah faktor luaran tersebut?

Sesiapa yang mengikuti perkembangan isu 1MDB ini dari mula sehingga hari ini (yang mana masalah hutang telah berjaya diselesaikan) sudah tentu anda akan tahu faktor luaran tersebut adalah perperangan korporat antara 1MDB dan YTL yang tidak mahu 1MDB memonopoli industri tenaga lantas mengurangkan peluang YTL untuk terus menikmati hasil & keuntungan daripada IPP.

YTL menggunakan pengaruh yang mereka ada terhadap media seperti Malaysia Insider, The Edge dan BFM 89.9 untuk melakukan serangan media setiap hari demi menggagalkan usaha 1MDB untuk menjana kewangan melalui IPO Edra Enerdy Berhad.

Dengan serangan media berterusan, pihak bank dan agensi kewangan yang lain telah meletakkan penilaian risiko yang tinggi terhadap 1MDB dan menolak permohonan 1MDB untuk menerbitkan IPO.

Sekiranya IPO tersebut berjaya diterbitkan pada waktu itu, 1MDB akan menjadi gergasi besar antara syarikat pelaburan strategik yang ada di dalam dunia.

Pembangkang yang ada terutamanya dari DAP mengambil peluang ini untuk menjatuhkan PM atas masalah kewangan yang dihadapi akibat daripada perang korporat ini.

#FahamPerangKorporat
#SiapaKawanBaikYTL?
#1MDBSelesai

UTAMAEDITORIAL1MDBNak tahu punca atau titik mula 1MDB ini mula menghadapi masalah? Baca...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium