25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2020

NAMA SAYA 'SELAMET HARI NATAL' DAN SAYA ISLAM

JAKARTA: Seorang lelaki berusia 54 tahun yang tinggal di Malang, Jawa Timur, diberi nama Slamet Hari Natal oleh ibu bapanya kerana dilahirkan pada 25 Disember 1962.

“Ya, itu nama saya,” katanya, memetik tribunnews.com, Selasa.

Dia menunjukkan kad identiti pengenalan diri dan keluarga, yang mengesahkan nama penuhnya adalah Slamet Hari Natal.

“Sepatutnya nama saya Selamat Hari Natal, tetapi kerana kami orang Jawa, ia menjadi Slamet,” katanya.

Hari Natal berkata, ibunya telah melahirkannya di rumah seorang bidan, Akas Kiyo, di Tumpang, Malang.

Bidan itu yang beragama Kristian telah mencadangkan nama Selamat Hari Natal kepada ibu bapanya.

Walupun ibu bapanya beragama Islam, mereka tetap memutuskan untuk menerima cadangan itu tetapi dengan menukar Selamat kepada Slamet.

Slamet adalah nama biasa bagi orang-orang Jawa dan bermaksud ‘selamat’.

“Mereka tidak mahu susah payahlah berfikir tentang nama saya, dan terdapat nama yang sudah tersedia, jadi mereka menerima cadangan itu,” katanya.

Dia mempunyai seorang lagi saudara perempuan bernama Mujiati.

Walaupun namanya Slamet Hari Natal dan beragama Islam, dia tidak pernah menerima sebarang kritikan daripada jiran-jiran.

“Tidak, tidak pernah. Kami mengamalkan toleransi di sini,” katanya.

20161228-selamet-hari-natal

Berita Berkaitan

Pakar British, Australia maut ketika mematikan bom

HONIARA (PULAU SOLOMON): Dua pakar pemusnah bom dari Britain dan Australia maut dalam cubaan...

Pemandu ambulans rogol pesakit COVID-19 dalam perjalanan ke hospital

KERALA: Seorang pemandu ambulans di India ditahan selepas didakwa merogol pesakit COVID-19 di daerah...

Pakistan sasar penanaman ganja ‘hemp’ untuk pasaran global

ISLAMABAD: Pakistan merancang untuk membenarkan penanaman 'hemp' (spesies ganja) secara komersial dan membantu golongan...

Thailand rekod 100 hari tanpa jangkitan tempatan

BANGKOK: Thailand mencatatkan sifar kes baharu tempatan COVID-19 bagi hari ke-100 berturut-turut. Perdana Menteri, Jeneral...

Thailand promosi ganja sebagai tumbuhan ekonomi baharu

BANGKOK: Thailand mahu mempromosikan 'hemp' (spesies ganja) sebagai tumbuhan ekonomi baharu, dengan sokongan bagi...

[Video] 2 terbunuh dalam letupan di restoran Abu Dhabi

ABU DHABI: Letupan di sebuah restoran makanan segera di sebuah bangunan di Jalan Rashid...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan