Nasib penduduk miskin Sungai Kerandang ditangan kerajaan Pakatan Pembangkang Selangor

Kerajaan Pekatan Pembangkang Selangor tanpa belas kesian menghantar jentera berat bagi menghapuskan penduduk miskin di Sungai Kerandang, Hulu Selangor (DUN Kuala Kubu Bharu)

Hasil perbincangan melalui talipon antara YB P Kamalanathan & YB Elizabeth Wong, nampaknya kerajaan negeri mengeluarkan arahan untuk robohkan kediaman penduduk Kampongg Sungai Kerandang tanpa asas kukuh dan laporan lengkap. Penduduk ada 40 buah keluarga yang susah, tapi YB Elizabeth Wong menerima laporan ada 6 keluarga sahaja. Bermakna mereka tidak pernah turun padang bagi melihat sendiri masalah rakyat.

Semuanya kerana melihat kepada nilai tinggi tanah dan hendak diberikan kepada kroni bagi melaksanakan projek pertanian.
Lebih 25 tahun penduduk menjalani kehidupan disana dan disitulah sumber rezeki mereka meneruskan kehidupan. Hari ini dunia mereka menjadi gelap kerana kerakusan kerajaan Pakatan Pembangkang Selangor.

Mereka merampas tanah yang telah diteroka oleh penduduk miskin bagi mencari kehidupan 25 tahun yang lalu untuk diberikan kepada kroni bagi menjalankan projek pertaniah.

 

Comments (4)

  1. malaysiadeal Tuesday, May 24, 2011 06:49:
  2. Hairie Arie Tuesday, April 23, 2013 07:22:
  3. Hairie Arie Tuesday, April 23, 2013 07:26:
  4. Hairie Arie Tuesday, April 23, 2013 07:33:

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.