Statistik Corona

Malaysia
2,156,678
Confirmed
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Malaysia
1,933,713
Recovered
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Malaysia
198,284
Active
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Malaysia
24,681
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,204,116
Confirmed
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Indonesia
4,017,055
Recovered
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Indonesia
141,258
Deaths
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm

Thailand

Thailand
1,537,310
Confirmed
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Thailand
1,393,902
Recovered
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Thailand
16,016
Deaths
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm

Global

All countries
231,533,265
Confirmed
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
All countries
206,497,379
Recovered
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
All countries
4,745,154
Deaths
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm

Nazim mahu kekal momentum podium pada Terbuka EuroFormula

Pelumba muda negara Nazim Azman meneruskan saingan  cemerlang pada siri Terbuka EuroFormula dengan merangkul dua lagi penamat podium di Litar Hungaroring di Hungary, hujung minggu lalu.

Dalam tiga perlumbaan yang diadakan, pelumba pasukan CyyptoTower racing Team itu tidak mempunyai permulaan yang sempurna apabila hanya mampu meraih tempat keenam dalam perlumbaan pertama.

Bagaimanapun, pelumba berusia 20 tahun itu berjaya bangkit pada perlumbaan kedua dengan kedudukan kedua dengan catatan masa 28 minit 52.083 saat (s), perbezaan hanya 2.646s di belakang juara, Casper Stevenson dari Great Britain.

Tempat ketiga disandang oleh pelumba Turki, Cem Bolukbasi, dengan catatan masa 28:57.947s.

Dalam perlumbaan terakhir, Nazim memperoleh kedudukan ketiga dengan masa 36:38.549s, di belakang pelumba Amerika Syarikat Cameron Das (36:31.077s), diikuti pelumba Mexico Rafael Villagomez (36:37.904s).

Susulan tiga perlumbaan dalam setiap pusingan, Nizam kini memperoleh kedudukan enam podium – tiga kali di kedudukan kedua dan tiga kali di kedudukan nombor tiga dalam empat perlumbaan setakat ini.

“Saya sangat gembira dengan persembahan kali ini. Sebelum ini, saya tidak mempunyai pengetahuan mengenai aspek teknikal Litar Hungaroring dan turun bersaing tanpa sebarang sasaran.

“Saya bersama pasukan bekerja keras untuk mendapatkan rentak bagi membolehkan kami memberi saingan di barisan depan. Perlumbaan 3 terutamanya mencabar dengan hujan pada waktu 10 minit sebelum saingan bermula. Pasukan saya memberi jentera hebat bagi membolehkan satu lagi penamat podium.

“Matlamat saya adalah untuk meneruskan momentum ini kerana sudah memasuki separuh kedua musim ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua penaja atas sokongan dan kepercayaan berterusan terhadap saya,” katanya dalam respons yang dikongsi dengan media.

Selepas 12 perlumbaan, Nizam kini menduduki tempat ketiga dalam carta kejuaraan dengan 159 mata dengan kedudukan pendahulu dimiliki Cameron dengan 203 mata dan pelumba Great Britain Louis Foster di tangga kedua dengan 184 mata.

Empat pusingan pada siri tersebut dijadualkan di Litar Imola (Itali) pada 25 Julai ini, Litar Red Bull Ring (Austria) pada 12 Sept, Litar Monza (Itali) 26 Sept dan Litar de Barcelona-Catalunya (Sepanyol) pada 24 Okt ini.

— BERNAMA

Berkaitan