24.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 7, 2021

Nazri Aziz positif Covid-19, kontak rapat Zaharin

Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz disahkan positif Covid-19.

Mohamed Nazri ketika dihubungi berkata, beliau menjalani ujian saringan selepas menjadi kontak rapat Datuk Zaharin Mohd Yassin yang menghadiri sidang medianya pada 12 Januari lalu.

“Saya mengalami batuk teruk dan pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

“Saya mengambil swab test (ujian calitan) dan disahkan positif Covid-19 semalam,” katanya.

Bekas Menteri Pelancongan itu berkata, beliau kini sedang menjalani kuarantin di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bahru, Kelantan dan stabil.

“Alhamdulillah, saya okay. Saya tak ada simptom lain selain batuk.

“Tak apalah saya duduk di hospital lama pun (untuk menerima rawatan),” katanya.

Katanya, isteri, anak, pembantu rumah dan pemandu peribadinya akan menjalani ujian saringan Covid-19 hari ini.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.