28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2020

Nazri buat empat tawaran kepada Anwar

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, didakwa bertemu dan membuat perjanjian bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim demi kelangsungan UMNO.

Mohamed Nazri didakwa membuat empat tawaran kepada Anwar, antaranya adalah supaya Ahli Parlimen Port Dickson itu tidak membubarkan UMNO apabila menjadi Perdana Menteri dalam masa satu tahun setengah.


Tawaran lain termasuklah supaya Anwar tidak menganiaya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengembalikan semula sistem ketua kampung serta memastikan agihan peruntukan yang sama antara Ahli Parlimen UMNO dan Pakatan Harapan (PH).

Anwar didakwa menerima empat perkara itu dengan baik, dengan menyifatkan kerajaan perlukan UMNO sebagai pembangkang dan tidak akan menganiaya Najib kerana Ahli Parlimen Pekan itu pernah menjadi timbalannya (dalam Pemuda UMNO), selain beliau sendiri pernah dianiaya selama 20 tahun.


Menurut portal Malaysiakini, Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas itu didakwa memaklumkan secara terperinci hasil pertemuannya dengan Anwar dalam satu mesyuarat dengan UMNO Selangor, semalam.

Ia berdasarkan satu rakaman ucapan dalam mesyuarat itu yang diterima portal berkenaan, dan disahkan Mohamed Nazri yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional.


https://pakdin.my/tag/umno

Berita Berkaitan

Bincang calon TPM, MKT UMNO dijangka kembali mesyuarat malam ini

Umno dijangka akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan calon Timbalan Perdana Menteri dan syarat-syarat...

Kenyataan media keputusan mesyuarat MKT UMNO

Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 26 Oktober 2020 (Isnin) telah...

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Muhyiddin jumpa presiden parti pro-PN, Zahid tak hadir

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan