23.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 1, 2020

NED taja Suaram RM1.6 juta @SUARAM_INTL

Pertubuhan tidak berdaftar, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menerusi Suara Inisiatif Sdn. Bhd. (Suara Inisiatif) didakwa menerima dana secara konsisten daripada National Endowment for Democracy (NED) sejak 2005 hingga 2011 berjumlah kira-kira RM1.6 juta.

Dana daripada NED itu yang diterima dalam jumlah RM204,000 hingga RM306,000 setahun merupakan sebahagian daripada keseluruhan kira-kira RM2.4 juta dana asing yang disalurkan kepada Suaram bagi tempoh sama.

Selain NED, Suaram turut menerima dana daripada Open Society Institute (OSI), pertubuhan yang diasaskan oleh penyangak mata wang, George Soros berjumlah kira-kira RM845,835.

Suaram dan Suara Inisiatif dipimpin individu sama iaitu Dr. Kua Kia Soong yang merupakan Pengarah Eksekutif Suaram selain turut bertindak sebagai Pengarah Suara Inisiatif.

Seorang lagi pengarah dan pemegang saham dalam Suara Inisiatif ialah Yeoh Seng Guan.

Antara pemimpin pembangkang yang terlibat dalam pertubuhan itu ialah Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Damansara, Dr. Nasir Hashim.

Turut terlibat ialah Cynthia Gabriel selaku Pengarah Suaram dan aktivis lain seperti Irene Fernandez; Irene Zavier serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysiakini, Premesh Chandran.

Selain dipimpin individu sama, kata sumber itu, Suaram dan Suara Inisiatif turut berkongsi alamat perniagaan dan nombor telefon serta faksimile yang sama.

“Kedua-dua pertubuhan ini dipercayai beroperasi di alamat pejabat sama iaitu di Petaling Jaya, Selangor menggunakan nombor telefon dan faksimile yang sama. Malah, kakitangan Suaram juga dipercayai merupakan kakitangan Suara Inisiatif,” katanya.

Sumber itu mendakwa, sebarang dana yang diterima Suaram termasuk daripada NED dan OSI dimasukkan ke dalam sekurang-kurangnya empat akaun yang didaftarkan atas nama Suara Inisiatif.

Berikutan itu juga, kata sumber tersebut, operasi Suara Inisiatif yang didaftarkan sebagai sebuah syarikat dengan objektif menjalankan perniagaan dilihat janggal apabila pendapatan utama syarikat berkenaan diperoleh menerusi sumbangan dana dan bukannya daripada aktiviti perniagaan.

Isu mengenai kaitan antara Suaram dan Suara Inisiatif mula dibangkitkan pelbagai pihak yang mempersoalkan bagaimana pertubuhan itu boleh menerima dana asing dalam jumlah yang besar untuk menaja pelbagai program dalam negara sedangkan tidak berdaftar dengan mana-mana agensi kerajaan.

Dana itu turut dipersoalkan kerana diterima daripada sumber-sumber meragukan seperti NED dan OSI yang mempunyai kaitan dengan George Soros serta gerakan mewujudkan ketidakstabilan dalam negara menerusi demonstrasi dan perhimpunan haram.

Sehubungan itu, kerajaan menerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menjalankan siasatan terhadap Suaram dan mengesan pelanggaran sekurang-kurangnya lima seksyen dalam Akta Syarikat oleh pertubuhan tersebut.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan