Sunday, June 20, 2021

Neelofa dan suami didakwa di mahkamah esok kerana langgar peraturan COVID-19

Must Read

Images

  • neelofa pu riz

    Neelofa bersama suaminya, PU Riz. (Gambar: Neelofa/Instagram)

SEREMBAN: Selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail, akan didakwa di Mahkamah Majistret di Seremban pada Khamis (20 Mei) berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditularkan di media sosial.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata pihaknya sudahpun menerima semula kertas siasatan melibatkan pasangan berkenaan daripada Pejabat Peguam Negara pada Rabu (19 Mei).

Iklaan

Beliau berkata pasangan itu akan didakwa mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) (kawalan pergerakan bersyarat) (no.4) (pindaan) (no.12) 2021.

Beliau menambah Muhammad Haris berdepan dua pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk mendaftar masuk atau menulis secara manual dan tidak memakai pelitup muka di tempat awam seperti ditetapkan dalam SOP PKPB.

“Sementara itu, Noor Neelofa akan didakwa gagal mematuhi SOP PKPB kerana tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk (check-in) di premis atau menulis secara manual,” kata Supt Mohd Fazley dalam satu kenyataan.

Pada 2 Mei lalu, Noor Neelofa memuat naik gambar dan video beliau bersama suami berada di sebuah kedai karpet di Nilai, Seremban. Dua hari kemudian, pasangan itu hadir untuk memberi keterangan selama empat jam di Ibu Pejabat Daerah Polis Nilai. 

Iklaan

- Advertisement -spot_img

Leave a Reply

- Advertisement -spot_img
Latest News

Polisi tutup Kelab “Fable” lantaran hendak buka pada tengah malam

Jakarta (ANTARA) - Petugas Direktorat Reserse Narkoba Polda Metro Jaya menegur dan menutup Kelab "Fable" yang berlokasi di kawasan...
- Advertisement -spot_img

More Articles Like This

- Advertisement -spot_img