Negeri Sembilan Julang Trofi Piala Malaysia 2011 - pakdin.my

Tangkap Bola ke tangkap ayam 🙂

SHAH ALAM: Pasukan Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia 2011 selepas menewaskan Terengganu 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, Sabtu.

Gol pertama skuad Penyu dijaringkan oleh Mohd Ashaari Shamsuddin pada minit ke-59 namun skuad Rusa bangkit menyamakan kedudukan selepas tendangan S. Kunanlan gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee sekali gus menyaksikan bola melantun ke dalam gol pada minit ke-81.

Sementara itu, gol kemenangan Negeri Sembilan dijaringkan oleh Hairuddin Omar pada minit ke-86 perlawanan.

Kedudukan 2-1 sehingga tamat permainan.

Skuad bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah ini berjaya menjulang Piala Malaysia buat kali ketiga selepas turut bergelar juara pada tahun 2009 dan 1948.

TERENGGANU: Mohd Sharbinee Allawee Ramli, Mazlizam Mohamad, Mohd Zubir MohdAzmi (Helmi Remeli), Mohd Mazuki Yusof, Mohd Faizal Mohamad, Reeshafiq Alwi,Mohd Ashaari Shamsudin, Josep Kalang Tie, Ahmad Nordin Alias, Abdul Manaf Mamat,Abdul Hadi Yahaya.

N. SEMBILAN: Mohd Farizal Marlias, Mohd Aidil Zafuan, Norhafiz ZamaniMisbah, Irwan Fadli Idrus, Qhairul Anwar Roslani, Idris Abd Karim, MuhamadShukor Adan, S.Kunalan, Abdul Halim Zainal, Shahurain Abdul Samah, HairuddinOmar.

Pengadil: Shokri Nor

UTAMABERITANegeri Sembilan Julang Trofi Piala Malaysia 2011

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium