Nelayan Sebak Jumpa Mayat Kanak-Kanak Terapung - pakdin.my

Satarudin (kiri) dan Yusof (kanan) menceritakan kembali bagaimana mereka menemui mayat kanak-kanak yang dipercayai adalah William di jeti Kampung Sungai Sireh.
Satarudin (kiri) dan Yusof (kanan) menceritakan kembali bagaimana mereka menemui mayat kanak-kanak yang dipercayai adalah William di jeti Kampung Sungai Sireh.

PELABUHAN KLANG: Dua nelayan di jeti Kampung Sireh tahu mengenai kisah kehilangan seorang budak dan apabila mereka menemui mayat kanak-kanak terapung bersebelahan sebuah bot, hati mereka menjadi hiba.

“Tiada kanak-kanak perlu mati dalam keadaan begini,” kata Satarudin Kamal, 45.

Satarudin dan rakannya Yusof Osman, 53, pergi ke jeti untuk memeriksa keadaan bot mereka selepas pukul enam petang pada Khamis lalu dan akhirnya terkejut apabila menemui mayat seorang kanak-kanak yang reput masih terapung bersebelahan botnya.

Sesuatu yang menyedihkan apabila kedua-dua nelayan di kawasan berkenaan mengetahui bahawa mayat berkenaan adalah William Yau Zhen Zhong yang dilaporkan hilang.

Anggota forensik diberi taklimat di lokasi mayat kanak-kanak ditemui di jeti Kampung Sungai Sireh.
Anggota forensik diberi taklimat di lokasi mayat kanak-kanak ditemui di jeti Kampung Sungai Sireh.

“Kami membaca mengenai kehilangan William dalam akhbar dan apabila kita melihat mayat itu, hati kami sebak.

“Ibu bapanya pasti sangat sedih dan kami turut merasai kesakitan yang mereka rasai,” kata Satarudin.

Yusuf menceritakan bagaimana mereka mengikat badan mayat di jeti bagi mengelakkan ia hanyut lebih jauh.

Mereka kemudiannya melaporkan perkara itu kepada polis Pelabuhan Klang yang kemudiannya tiba di tempat kejadian pada kira-kira pukul 8 malam diikuti oleh pasukan forensik.

“Mayat dibawa ke hospital pada kira-kira pukul 10 malam selepas pasukan forensik selesai melakukan siasatan mereka,” kata Yusof.

Menurut Satarudin, mayat kanak-kanak itu adalah yang kedua ditemui di jeti itu tahun ini.

Mayat pertama ialah seorang lelaki bertatu yang ditemui pada 4 Januari lalu.

UTAMABERITANelayan Sebak Jumpa Mayat Kanak-Kanak Terapung

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium