Netizen membandingkan corak pemerintahan Najib dan Mahathir - pakdin.my

Sejak kebelakangan ini, beberapa penganalisis membandingkan pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad sama sepertimana perbezaan minuman berkarbonat, Pepsi dan Coca Cola.

Analisa Malaysian Impact, oleh Sebastian Loh menjelaskan, pemerintahan kedua-dua pemimpin ini boleh dilihat dengan jelas sekiranya ianya dipandang menurut perspektif tersendiri dan bukannya secara akumulatif.

“Saya secara hormatnya tidak bersetuju (Najib dan Dr Mahathir sama). Minta maafkan saya kerana mengulangi kenyataan cliche yang menjengkelkan ini: Dunia ini tidak sempurna, tetapi seperti yang mereka katakan, (pemimpin) kurang jahat,” katanya.

Menurutnya, lima perkara perlu dilihat untuk membandingkan antara Najib dan Dr Mahathir meliputi; skandal, kronisme vs kecekapan, demam tol, demokrasi dan negara polis; dan klimaksnya adalah penentuan siapakah pemimpin paling kurang jahat – atau disebut pemimpin pembangkang zaman Dr Mahathir, ‘Firaun’.

1. Skandal

Kata Sebastian, Najib dituduh mencipta hutang negara sehingga RM42 bilion menerusi 1MDB namun harus juga diingatkan salah satu daripada skandal Dr Mahathir dagangan forex Bank Negara Malaysia (BNM) 1990-an bernilai RM31.5 bilion bersamaan RM100 bilion pada hari ini.

Ujarnya, sungguhpun 1MDB mempunyai hutang tinggi, tetapi aset syarikat bernilai RM51.4 bilion termasuk dua bidang tanah di Jalan Tun Razak (TRX) dan di Sungai Besi (Bandar Malaysia), akan memberi pulangan besar kepada negara dan kerajaan dalam bentuk nilai pembangunan hartanah.

Tetapi kerugian RM100 bilion Dr Mahathir berjudi wang rizab negara tidak dapat dikembalikan sehingga kini.

2. Kronisme vs Kecekapan

Sepertimana dakwaan pembangkang sebelum ini, Dr Mahathir membangunkan negara dengan menjadikan kroni-kroninya kaya-raya sepertimana projek pembanguna Aliran Transit Ringan (LRT) dan KL Monorail yang akhirnya bankrap dan dijamin kerajaan.

Namun, Aliran Transit Massa (MRT) dicetuskan pada pemerintahan Najib lebih efisyen dan berintegrasi antara perkhidmatan keretapi lain.

“Bercakap mengenainya, MRT1 disiapkan lebih awal dan dibawah bajet, dan milik penuh kerajaan. Lebih banyak lagi laluan sedang dibina, dan, lebih penting, tidak akan diserahkan kepada pihak swasta yang tidak cekap.

3. Demam Tol

Tidak dinafikan bahawa Dr Mahathir mencetuskan pembinaan Lebuhraya PLUS dan ramai juga tahu pembangunannya dibina diatas perjanjian berat sebelah yang hanya menguntungkan konsesi dengan menaikkan kadar tol 10% setiap tiga tahun.

Gila Dr Mahathir mempersetujuinya, gila lagi Najib mengalakkan Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengambil alih masing-masing mengambil alih 51% dan 49% pegangan PLUS dan menjadikan lebuhraya itu 100% milik kerajaan – hasilnya tiada kenaikan harga tol semenjak pengambilalihannya pada 2010.

4. Demokrasi dan Negara Polis

Benarlah dibawah pemerintahan Najib, polis juga masih berkuasa menahan aktivis pembangkang seperti Maria China dan Zunar kerana mencetuskan ketegangan.

Kunci bagi melihat perbezaan tahap demokrasi adalah dengan membandingkan Reformasi 1990 dengan himpunan Bersih pada era pemerintahan Najib.

“Satu mempamerkan polis Mahathir memukul dan menendang pemprotes, satu lagi rakyat dengan gembiranya menyanyika lagu karaoke popular”.

5. Yang Kurang Jahat

Ramai mendakwa bahawa tidak perlu membandingkan pemerintahan Dr Mahathir kerana ianya adalah isu lama, namun sedar atau tidak Najib sedang memperbetulkan masalah yang dicipta zaman autokratik, tidak cekap dan rejim kroni Dr Mahathir pada masa lampau.

Kata Sebastian, terdapat dwi standard dimana masyarakat diminta untuk memaafkan Dr Mahathir tetapi bukan Najib.

“Walaupun Najib mempunyai rekod pencapaian memajukan negara. Walaupun beliau membuktikan dirinya lebih berbeza dan lebih bermakna. Benar, perubahan kadang kala agak perlahan dan percambahannya melibatkan kompromi.

“Namun, penyokong Pakatan menghentam mereka yang menetang Mahathir sebagai mementingkan diri sendiri dan terlalu idealistik. Nasib baik saya seorang realistik – saya melihat Najib kurang jahat,” Sebastian membuat kesimpulan.

#FaktaBukanAuta #RinduZamanNajib

https://pakdin.my/tag/najib-razak
https://pakdin.my/tag/mahathir

UTAMAPOLITIKNetizen membandingkan corak pemerintahan Najib dan Mahathir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium