24.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

NFCorp Fail Saman Terhadap Public Bank Berhad

Dr Salleh

Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) pada Selasa memfailkan saman terhadap Public Bank Berhad di Mahkamah Tinggi di sini, bagi menuntut kerugian yang dialami sehingga menjejaskan kredibiliti dan reputasi syarikat itu dalam perniagaan berikutan bank tersebut didakwa telah melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (Bafia).

Peguam Cara yang mewakili NFCorp dalam satu kenyataan menegaskan bahawa perlanggaran keselamatan oleh Public Bank membolehkan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli, seperti yang didakwa untuk membuat spekulasi dengan memburukkan reputasi, kredibiliti dan keupayaan syarikat.

Ini katanya, ia termasuk syarikat-syarikat berkaitan dan pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dengan pihak kerajaan, orang awam dan ahli-ahli perniagaan.

“Dalam saman tersebut dinyatakan bahawa maklumat sulit dan rahsia perbankan NFCorp, syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya, serta pengerusi (plaintif) telah disebarkan kepada umum secara meluas, sehingga mengakibatkan kehidupan pengarah-pengarah dan ahli keluarga plaintif terdedah kepada ancaman bahaya,†katanya.

Peguam Cara NFCorp berkata, Public Bank bertanggungjawab melindungi maklumat mengikut dasar undang-undang, secara kontrak dan tanggungjawab telah diamanahkan daripada ia dicetak semula, diedar, dihebah, didedahkan atau disiarkan kepada mana-mana pihak, atau merekodkannya bagi mana-mana pihak, terhadap apa-apa maklumat atau dokumen membabitkan akaun pihak plaintif untuk disiarkan oleh mana-mana pihak ketiga.

“Tindakan undang-undang ini diharapkan akan menjadi satu peringatan kepada bank-bank dan juga institusi-institusi kewangan terhadap tanggungjawab mereka untuk melindungi maklumat rahsia pelanggan-pelanggan mereka dalam sebarang keadaan termasuklah memastikan pelanggan-pelanggan mereka tidak terdedah kepada ancaman bahaya,†katanya lagi.

Beliau menambah, Seksyen 97 BAFIA menyatakan, “Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa maklumat atau dokumen yang pada pengetahuannya telah didedahkan dengan melanggar subseksyen (1) yang dengan apa jua cara sekali pun mendedahkan kepada mana-mana orang lain.â€

Berita Berkaitan

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

Potong Elaun Nelayan, Muhyiddin Lupa Dulu Dia Bersama PH? – Salahuddin Ayob

Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kenaikan Elaun Sara Hidup Nelayan dari...

Tidur dalam kereta, tiga sekawan maut keracunan gas

BUTTERWORTH — Tiga wanita maut manakala seorang lagi berada dalam keadaan kritikal akibat mengalami...
00:00:53

#PRNSabah: Penularan Covid-19 di Sabah sandiwara kata Calon Warisan, Mohamaddin Ketapi

"Covid pandai melonjak hanya masa pilihanraya. Lepas pilihanraya, kes Covid di Sabah turun ke sifar" tuduh Ketapi. Pemimpin Warisan ini teruskan tuduhan dia bahawa kenaikan...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan