30.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2020

NFCorp Jelaskan Mengapa Bayaran Semula Pinjaman Mereka Tertangguh

NFC

Perbadanan Fidlot Kebangsaan atau NFCorp menjelaskan pada Isnin, bahawa mereka telah memohon kepada kerajaan untuk menangguhkan dahulu pembayaran semula pinjaman dalam sepucuk surat bertarikh 27 Oktober 2009.

NFCorp dalam satu kenyataan menjelaskan penangguhan itu dipohon memandangkan kerajaan telah turut menangguhkan pembinaan sebuah pusat penyembelihan lembu bertaraf antarabangsa sebagaimana yang diperlukan oleh mereka.

Keputusan itu juga kata NFCorp ada kena mengena dengan keputusan pihak ketiga untuk menarik diri daripada menyediakan infrastruktur di Pusat Fidlot Nasional (PFN) di Gemas, Negeri Sembilan.

Perkara ini semua kata NFCorp telah pun dibangkitkan sebagaimana yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2010.

Kata NFCorp lagi, jika mengikut perjanjian yang dicapai dengan kerajaan, sebuah pusat penyembelihan bertaraf antarabangsa akan dibina pada tahun 2008 dan kemudiannya disewakan kepada NFCorp bagi memenuhi sasaran pengeluaran daging lembu negara.

Bagaimanapun, pembinaan pusat penyembelihan itu telah tertangguh dan sehingga sekarang belum lagi dibina.

Ini termasuklah penagguhan ke atas pembinaan kemudahan infra dalam bentuk pembinaan jalan sepanjang 7.5 km menuju ke PFN dan lain-lain kemudahan seperti sistem pengaliran air serta kolam.

Kesemua ini, menurut NFCorp telah menjejaskan sasaran pengeluaran daging lembu kebangsaan termasuklah unjuran pendapatan NFCorp.

NFCorp turut menjelaskan bahawa kerajaan telah membuat peruntukan berasingan untuk Jabatan Perkhidmatan Veterinari membina pusat penyembelihan tersebut dan oleh yang demikian mereka (NFCorp)tidak boleh menggunakan peruntukkan daripada dana pinjaman yang diberikan kepada mereka untuk tujuan yang sama.

Oleh yang demikian, NFCorp telah menulis kepada Kerajaan memohon agar bayaran semula pinjaman mereka ditangguhkan sehinggalah pusat penyembelihan berkenaan dibina oleh jabatan yang berkaitan.

NFCorp membuat penjelasan ini berikutan kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid pada awal Isnin yang menyebut NFCorp masih belum memulangkan ansuran pembayaran pinjaman dana awam bernilai RM250 juta bagi tujuan pembinaan PFN yang mereka terima pada 2008.

Menurut Azmi, pihaknya dimaklumkan bahawa NFCorp sepatutnya mula membuat pembayaran pinjaman itu Januari lalu.

“Belum…belum bayar lagi. Berdasarkan apa yang dimaklumkan, pembayaran masih belum dibuat. Sepatutnya pembayaran mula dibuat pada Januari tahun ini,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Isnin.

Bagaimanapun menurut Azmi, kelewatan pembayaran balik pinjaman berkenaan mungkin disebabkan oleh masalah yang dihadapi NFCorp.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,348PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan