29.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2020

Ng Paik Kheng Perlu Tampil Jelaskan Apa Yang Berlaku

Sehingga kini belum ada penjelasan rasmi dari Ketua Menteri Pualau Pinang, Lim Guan Eng mahupun isterinya Betty Chew berkaitan isu melibatkan seorang wanita bernama Ng Paik Kheng yang sedang hangat diperkatakan ramai sekarang.

Khabarnya di antara Ng Paik Kheng dan Lim Guan Eng ada hubungan istimewa sehingga timbul angin panas dalam jiwa raga Betty Chew yang juga isteri kepada Lim Guam Eng.

Sejauh mana wujudnya hubungan istimewanya tersebut, sukar digambarkan secara jelas tapi bayangan awal rasanya saling tak jauh dari konflik cinta tiga segi.


Mengikut kisahnya lagi, Betty Chew dilaporkan betul-betul terkena sawan angin panas hingga sampai ke peringkat pertelingkahan ‘kecil’ itu turut melibatkan tangan dan kaki, betulkah?

Kalau dah tangan dan kaki turut ‘berbicara’ itu maknanya ada banyak yang tak kena dalam ‘hubungan istimewa’ Lim Guan Eng dengan wanita tersebut hingga memaksa Betty Chew membuka pencak kungfu.

Jarang benar seorang perempuan mengamuk tak tentu pasal kecualilah ada bukti nyata yang sukar ditempis ataupun bila ianya sudah menggelegak hingga cair tahi telinga mendengar perkhabaran sedemikian rupa.


Di masa lebih kurang sama, agak pelik melihat unit propaganda DAP cuba campur tangan melakukan reverse psycho dengan menyebarkan gambar palsu untuk mengelirukan orang ramai yang tercari-cari wajah wanita yang dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Setiausaha Agung DAP itu.

Andaikata cerita-cerita tersebut langsung tidak betul, apa perlunya untuk DAP bertungkus lumus melakukan diversi bagi menangani isu tersebut. Teringat pula kes raba tetek suatu ketika dulu.


Modus operandi kali ini pun tak jauh beza dengan isu raba tempoh hari apabila unit propaganda DAP dengan sengaja menyebarkan gambar pemain catur untuk menutup isu anak Lim Guan Eng.

Apapun, sewajarnya Lim Guan Eng, Betty Chew dan khususnya Ng Paik Kheng sendiri segera tampil menjelaskan keadaan supaya ia tidak lagi menjadi buah mulut orang ramai

Berita Berkaitan

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana...

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan