NGO Buat Laporan Polis Cadangan Solat Jumaat Pada Sabtu - pakdin.my

KUALA LUMPUR: Kelab Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M) pada Isnin membuat laporan polis berhubung cadangan seorang aktivis untuk mengadakan solat Jumaat pada Sabtu bagi memudahkan umat Islam melaksanakannya.

Badan bukan kerajaan itu membuat laporan tersebut di Balai Polis Damansara dan menggesa polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyiasat cadangan yang kini menjadi viral yang dianggap biadap dan menghina kesucian agama Islam.

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor berkata isu solat Jumaat pada Sabtu tidak seharusnya wujud kerana ia sudah termaktub dalam hukum agama.

Katanya, solat Jumaat adalah hukum yang sudah ditetapkan dan tidak boleh diubah sewenang-wenangnya.

solat tarawikh

UTAMAGAYA HIDUPAGAMANGO Buat Laporan Polis Cadangan Solat Jumaat Pada Sabtu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium