Statistik Corona

Malaysia
2,156,678
Confirmed
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
Malaysia
1,933,713
Recovered
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
Malaysia
198,284
Active
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
Malaysia
24,681
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,204,116
Confirmed
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
Indonesia
4,017,055
Recovered
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
Indonesia
141,258
Deaths
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm

Thailand

Thailand
1,537,310
Confirmed
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
Thailand
1,393,902
Recovered
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
Thailand
16,016
Deaths
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm

Global

All countries
231,526,064
Confirmed
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
All countries
206,496,795
Recovered
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
All countries
4,745,040
Deaths
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm

NGO Kesal Akhbar Berbahasa Tamil Manipulasi Gambar Perhimpunan Festival Belia Putrajaya

festival-belia-2013

Kelab Wartawan Muda Malaysia hari ini kesal dengan tindakan sebuah akhbar berbahasa Tamil memanipulasikan gambar perhimpunan Festival Belia Putrajaya 2013 kononnya sebagai gambar peserta perhimpunan anjuran pembangkang di Petaling Jaya, Sabtu lepas.

Presidennya Dzulkarnain Taib berkata akhbar itu perlu meminta maaf secara terbuka dan menggunakan ruang akhbar yang besar bagi memperjelaskan perkara sebenar.

“Sekiranya penyiaran gambar itu satu perancangan tertentu atau sengaja, tindakan undang-undang boleh diambil ke atas akhbar itu.

“Jadilah pengamal media, sama ada media cetak atau media maya yang bertanggungjawab, bukan mewujudkan persepsi yang direka-reka di setiap artikel yang dikeluarkan,” katanya kepada Bernama.

Isnin lepas, akhbar itu menggunakan di muka dua, gambar kehadiran pengunjung di Festival Belia Putrajaya 2013, kononnya itulah peserta yang hadir ke perhimpunan Blackout 505 dekat Amcorp Mall, Petaling Jaya, Sabtu lepas.

Sementara itu, Pensyarah Media, Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka Hassan Abdul Motalip berkata kesilapan yang dilakukan oleh media memberi impak negatif kepada pembaca selain menjejaskan kredibiliti akhbar itu sendiri.

“Pembaca akan kurang yakin dengan berita yang disiarkan oleh media itu, maka wartawan dan editor perlu lebih bertanggungjawab sebelum menyiarkan sesuatu artikel,” katanya.

Beliau menegaskan orang ramai masih merujuk kepada media tradisional, namun apabila berlaku sesuatu kesilapan, ia pasti akan memberi impak yang besar kepada pembaca akhbar itu.

Pihak akhbar Makkal Ossai hari ini memohon maaf kerana menyiarkan gambar palsu berhubung perhimpunan pembangkang pada Sabtu lepas di Amcorp Mall, Petaling Jaya.

“Kita mengaku dan akan memohon maaf ke atas siaran yang salah itu secepat mungkin,” kata sumber daripada akhbar itu ketika dihubungi.

Berkaitan