Nik Abdul Aziz Perlu Jawab Isu Miliki Tanah Lebih RM10 Juta (video) @nikabdulaziz

 

harta nik azizMursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak diminta menjelaskan bagaimana mampu memiliki tanah bernilai lebih RM10 juta di sekitar Kota Bharu, sejak 23 tahun menjadi menteri besar Kelantan.

Permintaan itu dibuat calon bebas Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.

Ia membabitkan 14 lot tanah seluas 1.8 hektar di sekitar Kota Bharu milik menteri besar Kelantan itu

Manakala isterinya pula memiliki 13 lot tanah di kawasan sama, termasuk dua lot dipajakkan kepada Petronas selama 40 tahun untuk Stesen Minyak di Pulau Melaka.

Selain mempersoalkan sumber kewangan untuk membeli tanah berkomersil tinggi itu, Datuk Ibrahim turut menyifatkan
pemilikan tanah berkenaan juga membuktikan datuk nik aziz bukan ulama yang zuhud daripada sebuah parti islam.

Sehubungan itu, datuk ibrahim meminta Datuk Nik Abdul Aziz mengiystiharkan semua hartanya secara terbuka, termasuk milik isterinya yang cuma seorang suri rumah tangga.

Datuk Ibrahim turut menjelaskan, semua maklumat itu ditemui dalam satu sampul surat yang dihantar ke kediamannya oleh pengirim yang tidak diketahui.

Ia termasuk cabutan geran tanah yang tertera nama  Datuk Nik Abdul Aziz dan isterinya beralamat di Pulau Melaka, serta pelan lokasi tanah daripada Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu.

Published
Categorized as POLITIK

Leave a Reply