24.2 C
Kuala Lumpur
Friday, October 2, 2020

Nik Aziz batal hasrat muzakarah dengan Umno

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akur dengan pendirian Pas Pusat yang memutuskan tidak akan bermuzakarah dengan Umno.

Sehubungan itu, Nik Abdul Aziz berkata, beliau menarik balik hasrat untuk bermuzakarah kerana wujud terlalu banyak pandangan yang bercanggah.

“Tak usah, tak usah, kita berjemaah ni kena turut tok imam,” kata beliau selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini.

Pada 16 Mei lalu, Nik Abdul Aziz berkata, Pas sentiasa  bersikap pintu terbuka untuk bermuzakarah dengan sesiapa sahaja termasuk Umno.

Malah katanya, beliau bersetuju jika ia muzakarah dengan Umno dalam masa terdekat untuk menyelesaikan pelbagai isu, namun bergantung kepada parti berkenaan untuk merealisasikan hasrat tersebut.

“Muzakarah adalah fitrah manusia untuk menyelesaikan sesuatu perkara dan saya sendiri mengamalkan sejak dulu lagi, saya bersetuju jika ia diadakan dengan (dengan Umno),” katanya.

Dua hari lalu, Nik Abdul Aziz berkata, beliau tetap mahu mengadakan muzakarah dengan Umno meskipun tidak mendapat persetujuan ahli jawatankuasa tertinggi parti termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pertemuan itu penting  bagi menentukan hala tuju dan matlamat perjuangannya untuk menegakkan syiar Islam.

“Ini keputusan saya dan tidak ada kena-mengena dengan orang lain, jadi saya tak kisah walau ada yang tidak bersetuju. Kita mesti letak syarat bagi menjelaskan maksud sebenar kita mengadakan muzakarah,” katanya.

Dua hari sebelum itu, Abdul Hadi mengumumkan bahawa tidak akan ada muzakarah dengan Umno dalam masa terdekat kecuali dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

Pesan Pada PAS Jangan Khianati UMNO – Zahid Hamidi

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta PAS selaku rakan sekutu utama di...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan