25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 21, 2020

Nik Aziz Dakwa Umno Murtad

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Ahad melabelkan Umno sebagai parti murtad kerana mendakwa parti itu menolak Islam daripada dasar perjuangannya.

Menurutnya bukan sahaja Umno, malah mana-mana pihak yang memperlekehkan Islam dengan sengaja boleh dianggap murtad kerana tidak mahu menerima hukum Allah sebagai panduan hidup.

“Timbul masalah murtad, katanya sebab paderi Kristian, tapi saya kata tidak (kerana) orang Melayu murtad kerana orang Melayu sendiri memperlekeh Islam.

“Umno tolak Islam, maka nampak dia memperlekehkan Islam. Dia buang Islam. Macam lekehkan benda salah…macam ubat habis tempoh dia buang. Jadi bila Umno buang (Islam), agama apa Umno tu?

“Murtad ini bukan (hasutan) daripada paderi Kristian, tapi daripada orang Melayu sendiri yang tolak Islam, (maknanya) yang tolak Islam dia murtad. Agama apa Umno pakai? bila umno tolak Islam dalam dasar parti dia, maka (adakah) Umno sama ada Kristian, Buddha atau tak ada agama?” katanya kepada pemberita pada Muktamar Tahunan PAS ke-58 di sini.

Diminta penjelasan sama ada beliau menjatuhkan hukum murtad kepada Umno selepas mendakwa parti itu memperlekehkan Islam, Nik Abdul Aziz berkata: “Tak kira siapa pun…tak kira kalau tok guru (agama) sekalipun, kalau murtad…murtad lah.

“Usahkan Umno, tok guru berserban atau berjanggut, kalau dia tolak Islam dengan cara hati (niat bahawa) Islam tak guna… (maka) dia murtad walaupun tak ada mufti beritahu. Kalau dia tolak Islam dengan sengaja, yakin bahawa Islam tak guna…dia murad.”

Ditanya pada pandangannya adakah Umno telah memperlekehkan Islam sehingga layak dilabel sebagai murtad, Menteri Besar Kelantan itu berkata: “Tak lekeh apa dia buang Islam.”

Sebelum ini Nik Abdul Aziz pernah menimbulkan kontroversi apabila menuduh Umno dengan pelbagai gelaran, termasuk melabelkan parti itu sebagai kafir kerana tidak memperjuangkan negara Islam.

‘Islamic state: Which version? Whose responsibility?’
forum Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?
Date:     9 am to 12 noon, 3rd November 2012 (Saturday)
Venue:     Full Gospel Tabernacle, Wisma Eagles, USJ, Selangor
No 5 Jalan TP4, Taman Perindustrian UEP, Subang Jaya






Berita Berkaitan

Azmin dan Hamzah Zainudin katak lompat yang gila kuasa, kata MT Umno

Anggota Majlis Tertinggi Umno menyindir dua pemimpin kanan Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali...

Pertemuan Pemimpin PN Gagal Hasilkan Keputusan

Perbincangan wakil tiga parti utama kerajaan Perikatan Nasional – UMNO, PAS dan PBBM, sabtu...

UMNO, Pas setuju Muafakat Nasional didaftar secara rasmi

UMNO dan Pas mencapai persetujuan untuk mendaftarkan Muafakat Nasional (MN) secara rasmi dengan Pendaftaran...

Warisan punca peningkatan Covid-19, bukan GRS atau saya – Musa Aman

Saya berasa terpanggil menulis surat ini bagi menjelaskan punca sebenar peningkatan kes Covid-19 di...

Komen

..

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu pencemaran...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan