Nik Aziz doa Allah potong lidah, butakan mata UMNO pula #PRKPengkalanKubor - pakdin.my

Muhyiddin bersalaman dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat sebaik tiba di pusat penamaan calon PRK DUN Pengkalan Kubor di Tumpat
Muhyiddin bersalaman dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat sebaik tiba di pusat penamaan calon PRK DUN Pengkalan Kubor di Tumpat

Dendam Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap UMNO tidak pernah luput walaupun dalam keadaan usia dan kesihatannya semakin uzur.

Malam tadi Mursyidul Am PAS itu mengetuai bacaan doa bersama ribuan pengundi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor memohon kepada Allah agar memotong lidah dan membutakan mata UMNO jika parti itu enggan berubah daripada cara tidak Islamiknya.

Beliau memberitahu orang ramai yang hadir pada ceramah mega di Kampung Geting, Pengkalan Kubor, UMNO dan PAS tidak dapat bertentang mata kerana parti yang berasaskan Melayu itu hanya mementingkan mengumpul kekayaan.

“Kepada orang ni, kita doa Tuhan buka hati dia, kesal buat benda-benda begini, sokong kedaulatan Islam,” kata bekas menteri besar Kelantan itu di akhir ucapannya.

“Atau Tuhan lipat balik (hatinya), biar Tuhan kerat lidah supaya tak leh kecek perkara tak sebenar, butakan mata dia supaya tak nampak apa-apa kecuali nampak bulan je Insya Allah.” Katanya seperti dilaporkan TMI.

Nik Aziz mengulangi perkataan itu dalam bahasa Arab secara perlahan-lahan dan diaminkan oleh para hadirin.

Beliau sebelum itu dalam ucapannya berkata, PAS melawan UMNO kerana parti Islam itu mengambil berat akan hal-hal kerohanian seperti ganjaran daripada Allah dan memasuki syurga.

Pengundian pada PRK DUN Pengkalan Kubur diadakan esok mnyaksikan pertembungan calon BN Mat Razi Mat Ail dan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim serta calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

UTAMAPILIHAN RAYANik Aziz doa Allah potong lidah, butakan mata UMNO pula #PRKPengkalanKubor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium