Nik Aziz Lebih Gembira Bersama Artis Berbanding Ulama? - pakdin.my

nik-aziz-gembira-bersama-artis

Baru-baru ini kerajaan negeri Kelantan telah mengadakan satu majlis bersama artis yang dihadiri para penggiat seni penyokong parti pembangkang. Antara artis yang kelihatan adalah, Mustafa Kamal, Noryn Aziz, Bob Lokman, Yatt Hamzah, Akhil Hayy, Waheeda, Rabbani, Ainan Tasneen dan beberapa pelakon yang kurang dikenali. Namun, kehadiran Dr MAZA (Muhammad Asri Zainal Abidin) mengundang seribu tanda tanya. Adakah beliau seorang artis? Seni apa yang beliau lagukan? Adakah seni menjadi lalang politik juga boleh dikira sebahagian dari salah satu cabang seni?

Begitu taksub dengan politik kepartian, di dalam majlis ini air yang dihidangkan pun diwarnakan dengan warna hijau. Kami tidak tahu apakah rasa air tersebut, namun warna air tersebut sungguh jelek dan kelihatan sangat pelik. Tetapi, itu bukan isu yang ingin kami kupaskan di dalam artikel ini, isu yang paling penting ialah kenyataan Nik Aziz tentang keseronokkan beliau bersama artis-artis yang memuja beliau.

Seluruh Malaya tahu ramai artis yang kononya telah berhijrah memilih PAS sebagai agama baru mereka. Dan secara automatik mereka akan dianggap sebagai ulama’ dan ustaz sejurus menyerahkan borang ahli parti PAS. Masih segar diingatan kami tentang kenyataan-kenyataan mengarut yang dikeluarkan oleh artis-artis PAS seperti Abby Abadi dan Bob Lokman, dan betapa sempitnya pandangan mereka tentang Islam dan ilmu akidah.

Namin begitu artis-artis ini masih lagi dijemput untuk mengadiri program-program tertentu walaupun tidak lagi sebegitu aktif seperti mana yang mereka lakukan semasa pilihanraya yang dulu. Ada juga artis seperti Hairi Othman yang kecewa dengan PAS kerana tiada lagi bayaran diberikan kepada beliau selepas pilihanraya umum ke-13 empat bulan yang lepas.

Namun begitu, kepelikkan yang melampau adalah apabila Nik Aziz mengeluarkan kenyataan bahawa dia sangat bahagia bersama-sama artis. Umum mengetahui, golongan artis pernah dikecam hebat oleh PAS sebelum ini dan mereka memandang hina kepada profesyen seni dan persembahan. Begitu juga dengan aktiviti kebudayaan yang diharamkan di Kelantan kerana kononnya melanggar akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Kini lain pula ceritanya, dimana artis-artis difatwakan oleh Nik Aziz untuk dijadikan ikon dan contoh kepada masyarakat walaupun mereka tidak mempunyai ilmu agama yang cukup untuk dijadikan contoh.

Tatkala ulama dan guru-guru agama di sekolah pondok menolak Nik Aziz dan partinya, Nik Aziz mengambil langkah populis dengan bersengkongkol dengan artis yang telah merudum populariti mereka. Seolah-olah ada satu perjanjian tolong menolong antara artis pro-pembangkang dan para pemimpin PAS. Mereka menggunakan artis untuk menaikkan imej liberal mereka tanpa menghilangkan imej Islamik. Hanya dengan jubah dan serban sudah mampu untuk mereka rasakan syurga akan berada di bawah tapak kaki mereka.

Secara tuntasnya, Nik Aziz kini lebih selesa untuk menghabiskan sisa hidupnya bersama artis berbanding guru-guru pondok dan ulama’ yang selama ini menyokong beliau tetapi telah tersedar dari lamunan permainan kata-kata PAS. Jangan kerana terlalu terdesak sehingga mahu menggunakan artis berbanding ulama’ seperti mana perjuangan PAS yang terdahulu.

Artikel berkenaan kenyataan Nik Aziz bahagia bersama Artis boleh didapati di: http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/22425-bersama-artis-saat-paling-gembira-saya-tg-nik-aziz

UTAMAPOLITIKNik Aziz Lebih Gembira Bersama Artis Berbanding Ulama?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium