31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 24, 2020

Nik Aziz Masuk ICU

nik-aziz-tenat
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian pada petang Selasa.

Anaknya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, ayahnya dimasukkan ke ICU selepas dimasukkan ke hospital pada malam Isnin.

“Petang ini ayahanda (Nik Aziz) dimasukkan ke ICU di HUSM selepas ke hospital sejak malam tadi. Seperti yang saya maklumkan semalam, kesihatan ayahanda agak menurun ketika banjir baru-baru ini.

“Saya insyaAllah akan sentiasa memaklumkan perkembangan ayahnda dari semasa ke semasa. Saya sendiri dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di akaun Facebook milik Musryidul Am PAS itu pada petang Selasa.

Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, beliau meminta semua pihak supaya mendoakan ayahnya agar kembali sihat.

“Doakan semoga ayahanda kembali sihat. Terima kasih,” katanya lagi.

Nik Mohamad Abduh dalam satu kenyataan pada Selasa memberitahu ayahnya dalam situasi ‘uzur biasa’ dan bekas Menteri Besar Kelantan itu juga boleh menjalani aktiviti hariannya seperti berjalan dan membaca.

“Ayahanda dalam keadaan uzur biasa. Dalam sebulan akhir ini, ayahanda tidak solat di masjid kerana keletihan dan hanya berada di rumah dan melakukan aktiviti biasa seperti berjalan, membaca dan rehat,” katanya.

Penjelasan itu sekaligus menafikan dakwaan tidak bertanggungjawab di media sosial sejak awal pagi Isnin bahawa Nik Abdul Aziz yang baharu menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-84 pada 10 Januari lalu berada dalam keadaan nazak.

Berita Berkaitan

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Lelaki hina agama Islam, ulama ditahan polis

KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang lelaki membuat kenyataan jelek dan menghina beberapa tokoh agama dan...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...