Nik Aziz Meninggal Dunia إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‎ #pakdin.my

nik-aziz-meninggal
KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Pulau Melaka jam 9.40 malam tadi.

Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan dibawa pulang ke rumahnya jam 8.55 malam tadi dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian selepas dirawat di hospital itu, semalam.

Nik Aziz dibawa pulang kerumah dari HUSM masih memakai bantuan pernafasan jam 8:30 malam tadi
Nik Aziz dibawa pulang kerumah dari HUSM masih memakai bantuan pernafasan jam 8:30 malam tadi

Difahamkan, bekas Menteri Besar Kelantan itu tidak sedarkan diri dan bergantung kepada bantuan oksigen.

Kedengaran juga bacaan Yasin dari dalam rumah Musyidul Am PAS itu, selain pekarangan rumah mula dipenuhi orang ramai dan wartawan.

Terdahulu, anak Nik Abdul Aziz, Nik Mohamad Abdul memaklumkan di dalam Facebook tahap kesihatan ayahnya menurun selepas menjalani rawatan ulser, semalam.

nik-aziz-hospital-tenat

Berkaitan