Nik Aziz Sokong Penubuhan Jawatankuasa Parlimen Perkukuh Pilihan Raya - pakdin.my

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen bagi memperkukuhkan lagi sistem pilihan raya serta mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Najib Tun Razak atas usaha Perdana Menteri menubuhkannya.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berharap penubuhan jawatankuasa itu merupakan peluang terbaik ke arah menyelesaikan isu-isu yang membabitkan pilihan raya yang dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Saya bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa itu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan juadah hari raya kepada anggota pasukan keselamatan sempena Aidilfitri di sini Selasa.

Penerima juadah itu terdiri Pasukan 8 Briged Infantri Malaysia Kem Pengkalan Chepa; Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Tentara Laut Diraja Malaysia, Unit Pencegah Penyeludupan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

UTAMABERITANik Aziz Sokong Penubuhan Jawatankuasa Parlimen Perkukuh Pilihan Raya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium