Nik Aziz sokong sistem biometrik

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, menyokong sistem biometrik yang akan digunakan pada pilihan raya umum akan datang jika terbukti tiada penyelewengan dalam pelaksanaannya.

Sehubungan itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS bersedia untuk mendengar taklimat dan penjelasan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung sistem biometrik itu.

“Apa juga sistem sekali pun yang membawa kebersihan kita sokong… yang tidak membawa kebersihan mesti ditentang, yang boleh meragukan juga mesti ditentang.

“Kita boleh jumpa SPR, ada benda boleh bincang… boleh soal jawab. Terima kasih kalau SPR nak buat itu, lepas taklimat kita dengar dan kita bincang,” katanya ketika ditanya mengenai sistem biometrik yang akan diperkenalkan SPR itu.

Terdahulu beliau merasmikan Majlis Perasmian Pelancaran Pelan Hala Tuju Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini, semalam.

Akhbar melaporkan sistem biometrik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang akan digunakan SPR untuk pengesahan pengundi pada pilihan raya umum akan datang kebal daripada manipulasi dan tidak boleh ditembusi kepada penyalahgunaan oleh pihak berkepentingan untuk menipu ketika pilihan raya.

SPR turut membidas pembangkang yang terlalu cepat menolak sistem biometrik untuk digunakan pada pilihan raya umum sebelum sempat melihat dan menilai keberkesanan sistem berkenaan.
Pada Jumaat lalu, Nik Aziz ketika ditemui selepas melancarkan Ijtimak Pilihan Raya Negeri Kelantan, turut menegaskan sekiranya sistem biometrik itu memberi kebaikan maka perlulah dilaksanakan.

Mengulas lanjut, Nik Aziz bagaimanapun tetap menegaskan bahawa apa juga sistem yang membawa kepada ketelusan dalam pilihan raya, maka beliau akan menyokongnya, sebaliknya menolak apabila terdapat unsur ‘kotor’.

“Ia begini, mula-mula sekali memerintah diri, kemudian jiran, terus kepada negeri dan negara adalah (berlandaskan) agama, satu daripada cara supaya benda boleh dapat berjalan dengan baik (ialah) mesti ada kerajaan.

“Jadi, untuk membentuk kerajaan sekarang ini, mesti melalui mengundi, tak boleh cara lain. Apa saja cara bersih saya sokong,” katanya.

……………….

Anwar Ibahim dan pengikut tegar yang masih berdolak-dalih dengan penambahbaikan yang akan SPR laksanakan. Bagi mereka buka penambahbaikan dalam SPR yang mereka harapkan tetapi hendak menggunakan SPR sebagai kambing hitam dalam melaksanakan revolusi, mendapatkan kuasa tanpa melalui pilihanrya.

Mereka tahu agak sukar memenangi hati rakyat didalam pilihanrya dengan berbagai masalah yang melanda Anwar Ibrahim. Orang dah mula muak dengan masalah moral beliau.

Bila SPR mencadangkan sistem biometrik mereka kata semua itu hanya alat tetapi bila mereka mencadangkan dakwat hitam maka dakwat iru juga alah yang mudah untuk dimanipulasi dan sistem yang sudah dianggap mundur dan yang tidak lagi mah digunakan oleh negara yang menggunakannya sebelum ini.

Comments (No)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.