Nik Aziz Stabil Di ICU - pakdin.my

nik-aziz-icu-stabil

Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian berada dalam keadaan stabil.

Perkara itu dinyatakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menerusi kenyataan yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp pada pukul 9.05 malam Selasa.

“Saya baru berkunjung ke HUSM menziarahi Tok Guru (Nik Abdul Aziz). Mengikut doktor yang merawatnya keadaan beliau stabil ketika ini, teruskan utus doa agar diberi kesembuhan kepada beliau,” katanya.

Selain itu menurut Ahmad, perkembangan mengenai tahap kesihatan bekas Menteri Besar Kelantan itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh pihak hospital dan keluarganya.

Turut sama mengiringi Ahmad menziarahi Nik Abdul Aziz ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.

Mursyidul Am PAS itu dimasukkan ke HUSM pada Isnin malam namun terpaksa dipindahkan ke ICU pada petang Selasa kerana keadaan kesihatannya yang tidak memuaskan.

UTAMABERITANik Aziz Stabil Di ICU

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium