Liwat II: ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad ditahan #pakdin.my

nik-nazmi-di-tahan-polis

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad ditahan di kediamannya di Denai Alam, Shah Alam kira-kira pukul 10 malam tadi, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan parti tersebut.

Exco Kerajaan Negeri Selangor itu telah dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.

Dalam tuit terbaru Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menyatakan Nik Nazmi telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Jinjang.

Difahamkan Nik Nazmi ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

Dalam perhimpunan setiakawan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur semalam, aktivis mahasiswa Adam Adli dan pemimpin PKR ditahan polis.

Nik Nazmi bagaimanapun terlepas selepas berlaku pergelutan dengan polis ketika itu.

* Kalau dah bersalah meliwat tu tetap lah peliwat. Agaknya dapat ganjaran pahala sebesar alam mempertahankan peliwat.

Berkaitan