Friday - July 30, 2021 @ 16:08
BERITAEKONOMINikkei Asian Review: Pelabur tak yakin dengan dasar Mahathir

Nikkei Asian Review: Pelabur tak yakin dengan dasar Mahathir

#BapakKroniNegara #MalaysiaMemilih #MalaysiaBaru #KERAjaanTomato #FaktaBukanAuta

Akhbar berpengaruh Jepun, Nikkei Asian Review mendakwa dana saham terus mengalir keluar dari Malaysia disebabkan pelabur tetap tidak yakin bahawa Perdana Menteri, Mahathir Mohamad boleh mewujudkan laluan pertumbuhan yang berdaya maju.

Menurut akhbar tersebut, dasar-dasar kewangan yang tidak kukuh termasuk pemberhentian cukai barangan dan perkhidmatan (GST) telah menyumbang kepada penyusutan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan masih menyaksikan penurunan sekarang.

Penanda aras indeks FBM KLCI yang kukuh sejak awal tahun, jatuh selepas Dr. Mahathir mengambil alih kepimpinan negara dan sejak itu merudum 10 peratus.

Menurut akhbar itu lagi, kerajaan tidak memberi ba­nyak keyakinan dari segi dasar ekonomi baharu tetapi sebaliknya, Mahathir telah melaksanakan semula dasar-dasar yang diamalkannya semasa menjadi Perdana Menteri antara 1981 hingga 2003.

…………….
Media Jepun kata pelabur tak yakin dengan dasar Mahathir

Akhbar berpengaruh Jepun, Nikkei Asian Review mendakwa dana saham terus mengalir keluar dari Malaysia disebabkan pelabur tetap tidak yakin bahawa Perdana Menteri, Mahathir Mohamad boleh mewujudkan laluan pertumbuhan yang berdaya maju.

Akhbar kewangan terbitan Nikkei terbesar di dunia dengan edaran lebih tiga juta naskah itu melaporkan, dasar-dasar kewangan yang tidak kukuh termasuk pemberhentian cukai barangan dan perkhidmatan (GST) telah menyumbang kepada penyusutan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan masih menyaksikan penurunan sekarang.

Katanya, ringgit stabil sejurus selepas Dr. Mahathir mengambil alih jawatan pada Mei kerana mempercayai beliau boleh memberi lebih tumpuan kepada pasaran setelah membawa Malaysia keluar ketika kegawatan ekonomi pada akhir 1980-an.

“Tetapi mata wang itu semakin lemah hingga melebihi RM4 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hingga akhir Jun, ketika wujud kebimbangan mengenai kemampuan kewangan negara.

“Kenyataan bahawa hutang kerajaan jauh lebih tinggi daripada sebelumnya dipercayai lebih daripada RM1 trilion menyebabkan keadaan semakin buruk,” jelas laporan tersebut.

Penanda aras indeks FBM KLCI yang kukuh sejak awal tahun, jatuh selepas Dr. Mahathir mengambil alih kepimpinan negara dan sejak itu merudum 10 peratus.

Malah, ketegangan antara AS dan China semakin memberi tekanan kepada pasaran saham Asia dan dasar kerajaan baharu turut menyumbang kepada penurunan itu di Malaysia.

Selepas dua bulan, kerajaan telah memenuhi manifesto untuk menghapuskan GST tetapi ia juga menambah kebimbangan mengenai hasil kewangan negara.

Kerajaan juga menilai semula projek infrastruktur utama yang dilaksanakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dahulu.

Projek kereta api berkelajuan tinggi yang melibatkan Singapura menjadi mangsa kepada perubahan dasar tersebut dengan saham-saham berkaitan infrastruktur itu seperti YTL jatuh.

Selain itu, menurut laporan Nikkei Asian Review lagi, Dr. Mahathir tidak berhenti-henti menangani tanggungjawab kerajaan untuk memerangi rasuah sehinggalah Najib telah didakwa atas tuduhan menggelapkan dana kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kerajaan tidak memberi ba­nyak keyakinan dari segi dasar ekonomi baharu tetapi sebaliknya, Dr. Mahathir telah melaksanakan semula dasar-dasar yang diamalkannya semasa menjadi Perdana Menteri antara 1981 hingga 2003.

“Ini termasuk mencari ruang untuk membentuk sebuah syarikat pengeluar kereta kebangsaan yang baharu dan mempelajari amalan kawalan kualiti Jepun sebagai sebahagian daripada Dasar Pandang ke Timur yang diperbaharui,” katanya.

Tetapi dengan perubahan industri automotif global yang sentiasa berubah, sebarang usaha baharu akan berdepan dengan prospek kejayaan yang tidak jelas.

Proton Holdings, yang ditubuhkan Dr. Mahathir sebelum ini adalah usaha untuk mewujudkan sebuah kereta kebangsaan, tetapi sukar untuk mencapai kejayaan sebaliknya menghadapi jualan yang lembap sejak kebelakangan ini.

Syarikat itu kini dimiliki 49.9 peratus oleh China’s Zhejiang Geely Holding Group

https://asia.nikkei.com/Politics/Malaysia-in-transition/Mahathir-s-economic-vision-a-hard-sell-for-investors
……………
https://pakdin.my/tag/ekonomi

Berkaitan:

57 COMMENTS

  1. Nk yakin mcm mana ada 40 billion buang projek jana pendapatan batal yg tahu cari kesalahan org lain yg hanya melalui copy paste lpas langgar hak melayu kestabilan terancam tokey kaldai pun goyang ni kan pelabur asing

    • Sabar sebab allah dah bagitahu Babi dan anjing tu haram tapi org melayu masih nak bergaul mesra bak kata mat sabu dia rela makan babi bersama LGE dari makan ayam bersama najib…..sabar

  2. Takpa takpa asalkn najib jatuh..org ph mcmna pun tkpa,mkn nasi gn garam pun tkpa
    ,org ph ,mtk kja tkyh pkai spm dh.sebut ja.aku lpasan uec.grnti dpt kja gji 4 ribu sebulan.nk apa lgi?

  3. Jepun adalah negara yg tidak bergantung kepada negara lain utk maju..selepas hiroshima dibom Jepun bangkit dan terus bangkit…sbb itu orang jepun tahu menilai sama ada untung atau rugi …Nak bersaing dgn Jepun bukannya mudah…mereka maju dan terus maju…cara pemikiran mereka jauh kehadapan bukan mengundur kebelakang…

  4. tggu masa jer sikit lagi..bila semua plan DAP gunakan tunnm dh siap…lps ni DAP kick tun pulak…

    sikit masa jer lagi… kita wait n see jelah…

    PANDAI LGE DGN LKS MAIN DAM..
    sorang apit kiri…sorang apit kanan.. semua melayu@Islam…TERSUNGKUR secara rasmi….

  5. Sbb tulah bln depan nak ke cina lak,hr tu kabinet xtau mane lg,terhegeh2 ke Jepun nak pinjam,Jepun xlayan kut,ubah haluan lak,dulu blame kjaan najib jual negara kat cina,ni pegi nadah sana,ecrl dpd batal,nak tetuska lak,dulu 55b,mahal,skrg dah nak naik 81b,adalah kiraan tu,sama je,penyangak dgn perompak,rakyat gak yg merana…

  6. Ingat kita je yg tak yakin kat mader ni pelabur luar pun tak yakin..pa dah jadi??ingatkn dah maju lepas ni tapi ermm..itulh nak sangat negara kita bankrup..ambik kau. satu persatu mcm dah kena tarik keistimewaan kat Malaysia ni..

  7. knpa x sampai seratus yg komen yer ., adakah 60 lebih nie merupakan org bodoh meroyan x menerima kekalahan ., nuuub ., belajar saham ., look grafh ., pasaran naik ker turun skrang nie ., nnti org kata bodoh piang marah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here